SYAFIQ KYLE: MENGGENGAM KEBERANIAN DALAM FILEM TAKLUK LAHAD DATU
Syafiq Kyle membuka tirai pengalaman mendalamnya dalam melakonkan watak DSP Zambri dalam filem Takluk: Lahad Datu kesedaran generasi muda.
Syafiq Kyle, yang memegang watak sebagai DSP Zambri dalam filem Takluk: Lahad Datu, berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapinya sepanjang penggambaran. Filem ini turut dibintangi oleh Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Anding Indrawani Zaini, Eman Manan, dan barisan pelakon lain. Mereka yang terlibat di dalam penggambaraan filem ini memeberi watak yang mendebarkan emosi dan keberanian.
PENGKONGSIAN EMOSI DAN AURA HEBAT PENGALAMAN SEBENAR SYAFIQ KYLE DALAM FILEM TAKLUK:LAHAD DATU.

Foto: @syafiqkylez
Menurut Syafiq, persiapan untuk filem ini melibatkan latihan komando intensif selama lima hingga tujuh hari, di mana mereka dilatih oleh komando sebenar. Penggambaran juga dilakukan di lokasi-lokasi yang autentik, memberi mereka peluang untuk merasai dan menghayati keadaan sebenar di tempat bersejarah itu.
Menurut Syafiq, persiapan untuk filem ini melibatkan latihan komando intensif selama lima hingga tujuh hari. Dalam tempoh ini, mereka dilatih oleh komando sebenar untuk memastikan perwatakan aksi dan perasaan yang ditampilkan diberi sebenar.
@era.je @syafiqkylez tertarik dengan projek Filem Takluk: Lahad Datu sebab speech!! Korang kalau tengok trailer pun dah goosebumps tau!! #3PagiERA #ERARadioNo1PalingLegit
Menurut pelakon hebat ini, dia turut berkongsi bagaimana skrip filem ini memberi impak mendalam kepadanya. Ketika pertama kali membaca skrip, beliau merasa penghargaan yang mendalam terhadap para pejuang yang telah berjuang untuk negara.

Foto: @syafiqkylez
Syafiq menekankan bahawa filem ini bukan hanya sekadar menceritakan kisah, tetapi juga bertujuan menyampaikan semangat patriotik. Semangat ini sangat penting untuk dihargai oleh generasi muda, terutamanya golongan milenial.
Antara sebab utama Syafiq tertarik untuk menyertai projek ini adalah kerana keunikan dan keaslian ceritanya. Penggambaran di lokasi sebenar seperti kawasan kelapa sawit dan jambatan yang pernah menjadi saksi kejadian tragis menambahkan lagi keaslian filem ini.

Foto: @@syafiqkylez
Melalui filem ini, Syafiq berharap dapat menyampaikan semangat patriotik tersebut kepada generasi muda. Beliau beraspirasi untuk menanamkan rasa patriotisme dalam diri setiap individu, terutama sekali dalam menyambut bulan kemerdekaan ini.
Pautan Berkaitan: 8 FILEM TERBAIK LAKONAN SYAFIQ KYLE ANDA WAJIB TONTON
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BARISAN DUTA JENAMA BAJU RAYA BULAN BINTANG 2026
Barisan duta jenama Bulan Bintang 2026 tampil hebat sempena pertunjukan fesyen Raya Next Chapter, mewakili generasi moden dan tradisi Melayu.
GL25: SOROTAN PENUH GAYA BERSAMA GLAM LELAKI 2025
GLAM Lelaki mengimbau kembali detik-detik berharga bersama selebriti, GL Team dan pelbagai jenama sepanjang 2025 dalam GL25.
GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025
GLAM Lelaki imbas semula momen istimewa bersama selebriti, GL Team serta jenama-jenama sepanjang tahun 2025 di GL25.
TOP 5 FILEM MALAYSIA PALING HANGAT TAHUN 2025
Industri perfileman Malaysia pada tahun 2025 banyak mengeluarkan filem-filem hangat dengan pencapaian yang cukup tinggi.
6 ARTIS LELAKI YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025
Tahun 2025 dipenuhi dengan berita artis-artis lelaki yang berkahwin bersama wanita pilihan mereka yang cukup jelita.
5 BAKAT BAHARU YANG DIJANGKA “GOING BIG” PADA 2026
Menjelang 2026, lima bakat baharu ini dijangka mencipta impak lebih besar melalui lakonan, muzik dan personaliti mereka.











