Skip to content

TAHNIAH! AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON TIMANG ANAK KEDUA

TAHNIAH! AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON TIMANG ANAK KEDUA

Kongsikan artikel ini

Pasangan merpati dua sejoli, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson selamat menyambut kelahiran cahaya mata kedua pada 31 Mei lalu.

Puteri sulung mereka yang diberi nama Inara Raisa dilahirkan pada pukul 8.58 malam di sebuah pusat perubatan di Perth, Australia.

Berita baik itu dikongsikan bersama peminat menerusi satu hantaran di Instagram. Berkongsi foto keluarga, pasangan itu menitipkan kesyukuran atas kurniaan terindah dalam hidup mereka.

“Alhamdulillah, kami kini berempat. Meraikan puteri kami, Inara Raisa yang dilahirkan ke dunia pada hari Jumaat, 31 Mei pada pukul 8.58 malam. Terima kasih kepada semua atas segala doa dan ucapan. Kami bersyukur. Semoga Allah melindungi dan merahmati Inara,” titip mereka.

anak kedua aiman hakim ridza zahirah macwilson

Foto: Kosmo

Aiman Hakim Ridza & Zahirah MacWilson Umum Khabar Gembira

April lalu pasangan itu mendedahkan bakal menimang anak perempuan dengan memuat naik video acara gender reveal yang diadakan di kediaman mereka.

“It’s a baby girl! Alhamdulillah,” tulis aktres berusia 29 tahun itu berserta beberapa emoji. Ibu Zahirah, Maslinda Yusoff turut meluahkan keterujaannya dengan berkongsi video sama di akaun Instagram miliknya. “Gender reveal! It’s a GIRLLL,” tulisnya ringkas.

Foto: Mstar

Aiman dan Zahirah mengumumkan berita kehamilan bersama peminat di media sosial pada Disember 2023 sekali gus meluahkan rasa teruja dengan pertambahan ahli keluarga mereka.

Memuat naik video baby bump yang jelas kelihatan, aktres kacukan Melayu-Inggeris itu juga berkongsi imbasan ultrabunyi. Turut kelihatan butiran terperinci mengenai kandungannya. “Can’t wait for 2024,” tulisnya ringkas.

Aiman turut memuat naik foto imbasan ultrabunyi yang sama termasuk foto isterinya. “2023 is ending can’t wait for 2024. See you number 2. Syukur Alhamdulillah,” titipnya berserta emoji hati.

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: SHILA AMZAH & UBAI MZ DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN, RHEA AKIRA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TAHNIAH! SEAN LEE KINI SUAMI KEPADA MODEL BAY DOUCET

TAHNIAH! SEAN LEE KINI SUAMI KEPADA MODEL BAY DOUCET

Bacaan Lanjut
KEITH FOO KEMBALI DIULIT BAHAGIA

KEITH FOO KEMBALI DIULIT BAHAGIA

Bacaan Lanjut
AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON BAKAL TIMANG ANAK PEREMPUAN

AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON BAKAL TIMANG ANAK PEREMPUAN

Bacaan Lanjut
Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut
AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON BAKAL TIMANG ANAK KEDUA

AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON BAKAL TIMANG ANAK KEDUA

Bacaan Lanjut
siri prime

SIRI PRIME PERTAMA MALAYSIA THAT COVER GIRL DIBINTANGI SITI SALEHA, HISYAM HAMID, ALICIA AMIN & AIMAN HAKIM

Bacaan Lanjut