Skip to content

TAHNIAH! FIZZ FAIRUZ & ALMY NADIA SAMBUT KELAHIRAN ANAK KELIMA

TAHNIAH! FIZZ FAIRUZ & ALMY NADIA SAMBUT KELAHIRAN ANAK KELIMA

Kongsikan artikel ini

Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa bersyukur apabila isterinya, Datin Almy Nadia selamat melahirkan cahaya mata kelima mereka.

Khabar gembira itu dikongsikan bersama peminat menerusi satu hantaran di Instagram. Fizz sempat menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang mendoakan mereka.

“Alhamdulillah, isteri saya dah selamat melahirkan anak kelima saya. Terima kasih pada yang mendoakan. Amin,” tulisnya.

Foto: Harian Metro

Cahaya mata pasangan itu dilahirkan pada 18 September 2024. Walaupun tidak mendedahkan jantina anaknya, Fizz memberi petunjuk dengan memuat naik ilustrasi bayi lelaki sedang menyonyot puting kosong berwarna biru.

Malah rahsia itu turut dikongsi rakan selebriti, pelawak Achey di ruangan komen, sekali gus mengesahkan Fizz menimang anak lelaki. “Yezzaaa akhirnya ‘belalai’,” tulisnya.

Keluarga Besar Fizz Fairuz

Fizz dan Almy disatukan sebagai suami isteri pada 26 April 2014. Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun, mereka dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9, Nur Afrina Aurora, 8, Nur Afrina Ayra, 6, dan Nur Afrina Aisyah, 3.

Pasangan itu turut mempunyai seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisyah yang kini berusia lima tahun.

anak Fizz Fairuz Almy Nadia

Foto: Instagram

Sebelum ini Almy pernah berkongsi bahawa dia bersyukur dengan rezeki anak yang dikurniakan kepada mereka sebaik saja pulang menunaikan Umrah pada hujung Disember 2023.

“Sebenarnya kami tak rancang untuk dapat anak kelima pun kerana saya sedang diet dan mahu menguruskan badan. Namun, kami terima dan bersyukur dengan rezeki dari Allah ini kerana Fizz memang mahukan anak yang ramai serta keluarga besar,” katanya menurut Harian Metro.

 

Foto: The Star

Pautan berkaitan: JUSTIN BIEBER SAMBUNG TRADISI KELUARGA MENERUSI NAMA ANAK SULUNG