SELEBRITI LELAKI DI NEW YORK FASHION WEEK 2024
Minggu yang dinantikan oleh peminat fesyen telah kembali, New York Fashion Week 2024 menampilkan barisan jenama hebat.
Musim minggu fesyen sudah bermula dan sekarang ia sedang melanda kota sibuk New York. Dengan lebih dari 20 jenama, minggu ini dipenuhi dengan acara-acara fesyen disekitar New York. Tetamu dan selebriti yang hadir menjadi salah satu bualan terhangat apabila berbincang tentang New York Fashion Week. GLAM Lelaki akan berkongsi beberapa selebriti lelaki yang menghadiri New York Fashion Week 2024.
#1 Usher – Ralph Lauren
Usher adalah peminat setia Ralph Lauren dan semasa Minggu Fesyen Milan awal musim panas ini, dia menghadiri Makan Malam Ralph Lauren x Esquire. Penyanyi itu mempamerkan gaya ikoniknya dengan jaket tuxedo hitam dan seluar jeans. Dia juga mengenakan kemeja putih berbutang yang kemas, tali leher hitam, kasut hitam, dan cermin mata hitam gelap. Pertunjukan fesyen selama 20 minit itu memaparkan pakaian wanita, lelaki, dan kanak-kanak dengan gaya dari Koleksi Ralph Lauren, Purple Label, dan Polo Ralph Lauren.
#2 Stray Kids Lee Know & Felix – Tommy Hilfiger
Diterbangkan khas dari Korea Selatan, duo ikonik dari kumpulan Stray Kids, Lee Know dan Felix yang merupakan duta kepada jenama Tommy Hilfiger ini membuat kemunculan sulung New York Fashion Week mereka. Lee Know menggayakan gaya preppy klasik Hilfiger dengan mengenakan kardigan varsity di atas kemeja berbutang dan tali leher. Dia menggayakan rambut hitamnya yang dibiarkan lurus dan dipisahkan di tengah. Felix memilih seluar pinstripe dan blaus yang sepadan dilapisi jumper berjalur hitam dan putih, kemeja berbutang, dan tali leher. Rambut panjangnya yang ikonik dipisahkan sedikit ke sisi dan disikat ke belakang. Selain daripada mereka berdua, Jisoo dari Blackpink juga merupakan bintang Korea Selatan yang hadiri acara tersebut.

Gambar dari: Tommy Hilfiger
#3 Alvin Chong – Coach
Membawa nama Malaysia dan terbang ke New York, Alvin Chong menghadiri acara fesyen Coach di New York Fashion Week 2024. Ini bukanlah minggu fesyen pertama Alvin di New York akan tetapi, impaknya sangat besar sebagai seorang pelakon di Malaysia. Alvin mengenakan sepasang kemeja kotak-kotak berona biru yang dilapisi baju panas hitam putih serta tas tangan dari Coach. Aktor Malaysia ini juga ditemani oleh selebriti Asia yang lain seperti Eyka Farhana, Glenn Yong dan Nanon Korapat.
#4 GMMTV Boys – Tommy Hilfiger
GMMTV Boys terbang dari Thailand untuk menghadiri acara musim bunga musim panas 2025 Tommy Hilfiger. Acara ini dihadiri oleh empat jejaka kacak Thailand, Gemini, Fourth, Puwin dan Pond. Fourth Nattawat pernah ke Malaysia untuk menghadiri acara Destination Summer Pop-up Tommy Hilfiger. Keempat-empat aktor kacak ini terkenal dengan beberapa drama dan filem secara berpasangan, Gemini dan Fourth serta Puwin dan Pond. Mereka adalah antara selebriti Thailand yang mencipta nama besar dalam industri fesyen.
#5 Ryu Jun-yeol – Ralph Lauren
Aktor terkenal dari Korea Selatan ini membuat kemunculan pada 5 September 2024 yang lalu pada acara fesyen Ralph Lauren ketika New York Fashion Week 2024. Ryu Jun-yeol mengenakan sepasang sut dari Ralph Lauren dilapisi baju tee bercorak kotak-kotak berona biru. Selain Jun-yeol, selebriti terkenal seperti Krystal dari F(x) dan Winter dari Aespa. Jun-yeol terkenal dengan wataknya sebagai Kim Jung-hwan di dalam drama Reply 1988. Jun-yeol juga dijemput menghadiri acara tenis US Open oleh Ralph Lauren.
#6 Zayn Malik – Off White
Kemunculan Zayn Malik di apa-apa sahaja acara sangatlah jarang. Akan tetapi, kemunculan Zayn di acara New York Fashion Week 2024 untuk jenama Off-White mengejutkan orang ramai, lebih-lebih lagi peminatnya. Bekas ahli kumpulan One Direction itu mengenakan pakaian serba hitam digandingkan dengan kot kulit coklat berkolar buaya dan duduk di barisan hadapan seiring dengan Camila Cabello dan Amy Jackson. Penampilan Zayn kelihatan agak berbeza dengan janggut lebat dan rambut panjang yang dibiarkan tumbuh. Zayn Malik, yang telah memeluk gaya “dad-core” dari segi fizikal dan mental, menghabiskan banyak masanya menjaga haiwan ternakan di ladangnya di Bucks County, Pennsylvania, dan menjaga anak perempuannya, Khai, yang dikongsi bersama Gigi Hadid.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 GAYA FASHION WEEK GLENN YONG PILIHAN GLAM LELAKI
Wajah Glenn Yong seringkali dilihat ketika musim minggu fesyen dan gaya fashion week Glenn Yong menjadi pelengkap wajah kacaknya.
6 PEMPENGARUH FESYEN LELAKI ANDA PATUT IKUTI
Pempengaruh fesyen di Malaysia sudah semakin meningkat, walaupun dalam kalangan lelaki. Mereka menjadi satu inspirasi besar buat penggemar fesyen.
MET GALA 2025 SOROTAN FESYEN TETAMU LELAKI
Acara fesyen tahunan terbesar, Met Gala 2025 sudah bermula untuk tahun penuh fesyen ini, penuh sorotan istimewa.
MET GALA: GAYA IKONIK SELEBRITI LELAKI SEPANJANG ZAMAN
Met Gala dipenuhi dengan gaya-gaya ikonik setiap tahun, yang tidak pernah mengecewakan peminat fesyen seluruh dunia.
5 DRAMA LAKONAN ALVN YANG CEMERLANG
Ramai yang tidak tahu, ALVN atau dahulu dikenali sebagai Alvin Chong memulakan kariernya di dalam industri seni dengan bidang nyanyian.
10 IDOL RAPPER KPOP DENGAN RAP TERPANTAS DI DUNIA
Walaupun ramai menganggap idol rapper hanyalah pelengkap lagu, realitinya segelintir bintang mampu menyaingi rapper profesional.