“TAHUN 2019, LAWAK ‘BODY SHAMING’ INI DAH BOLEH BERHENTI” – ALIF SATAR ULAS ISU BERAT BADAN JADI BAHAN GURAUAN
Baru-baru ini kecoh diperkatakan tentang isu ‘body shaming’ yang dikaitkan dengan Sherry Alhadad selepas penyanyi Mark Adam secara langsung ‘mempersendakan’ bentuk tubuh badan Sherry sewaktu siaran langsung Big Stage 2019.

Walaupun ia tidak disengajakan dan Mark juga sudah meminta maaf, namun isu ini tetap berlarutan sehingga kini kerana ramai yang masih tidak berpuas hati. Mujur dengan keadaan spontan, Alif Satar yang dikatakan ‘menyelamatkan’ keadaan lalu yang ramai memuji tindakan beliau.
Menerusi satu tembual dengan media baru-baru ini, Alif Satar juga turut memberikan komen tentang isu ini. Jelasnya, “Kalau dahulu kita bergurau tentang bentuk badan atau fizikal seseorang itu rasanya tidak ada masalah. Tapi sekarang dah tahun 2019, rasanya dah boleh berhenti bergurau melibatkan ‘body shaming’ ini. Tidak baik berkata mengenai fizikal seseorang itu sebab kita sendiri tak tahu bagaimanapun mereka ini struggle untuk menjadi lebih baik,” ujarnya.

Alif Satar
Apa-apa pun tahniah dan well done diucapkan kepada Alif Satar yang terbukti profesional dan semoga kekal relevan dan terus berjaya hendaknya. (Sumber: MStar / Gambar: Sumber Internet & Instagram @alifsatar)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
20 LAGU YANG BAKAL BERENTAP DI ANUGERAH JUARA LAGU KE-40 SEPARUH AKHIR
Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli dan Imran Ajmain antara penyanyi yang tersenarai dalam separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-40.
RECAP FESYEN RED CARPET ROBERT PATTINSON & ZENDAYA PROMOSIKAN FILEM ‘THE DRAMA’
Lihat gaya ikonik Zendaya dan Robert Pattinson di red carpet filem The Drama. Dari arkib Vivienne Westwood ke Dior, segalanya ada di sini.
8 AKTIVITI MENARIK YANG SEMAKIN TRENDING DALAM KALANGAN GEN Z
Pelbagai aktiviti menarik yang kini semakin menjadi perhatian dalam kalangan Gen Z. Yang penting, setiap satunya memberi manfaat.
OMEGA SPEEDMASTER X-33: JAM TANGAN RASMI MISI ARTEMIS II
OMEGA Speedmaster X-33 mengiringi kru Artemis II ke Bulan. Teroka jam tangan titanium NASA dengan enjin Calibre 1666 yang jitu.
‘BOOK CLUB’ KINI MENJADI OBSESI BAHARU GENERASI MUDA
'Book Club' kini menjadi ruang digital detox buat anak muda. Ketahui mengapa komuniti literasi di Malaysia semakin berkembang pesat.
7 JENAMA TEMPATAN BOLEH CUSTOM JURNAL DAN PLANNER ANDA
Sentuhan peribadi di dalam custom jurnal atau planner menjadikan item ini lebih menarik, terutamanya dengan trend jurnal terkini.











