TENGKU MAHKOTA KELANTAN, DR TENGKU MUHAMMAD FA-IZ PETRA PERKENAL PUTERA SULUNG KEPADA UMUM
Kehidupan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra semakin berseri dengan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.
Tanggal 17 Julai lalu, putera sulung Tengku Mahkota Kelantan selamat dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Khabar gembira itu diumumkan menerusi satu hantaran di laman Instagram baginda.
“Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT di atas limpah rahmat serta inayahnya. Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan telah selamat melahirkan anakanda pertama pada 17 Julai 2023M (Isnin) pagi, bersamaan 28 Zulhijjah 1444H. YTM Che Puan Mahkota Kelantan serta Paduka Anakanda berada dalam keadaan selamat dan sihat walafiat.”
Tambah kenyataan itu, “YTM Tuanku mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga kerja HUSM yang terlibat dan seluruh rakyat jelata yang sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku berdua.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SEKITAR MAJLIS PERSANDINGAN PUTERA MATEEN & DAYANG ANISHA ROSNAH
Genap tiga hari diijab kabul, pasangan mempelai diraikan dalam Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.
10 PASANGAN DIRAJA & KISAH PERTEMUAN PERTAMA MEREKA
Sama seperti orang lain, pasangan Diraja juga mempunyai kisah cinta unik mereka sendiri untuk diceritakan.
TENGKU MAHKOTA KELANTAN, TENGKU MUHAMMAD FA-IZ PETRA BAKAL BERGELAR AYAHANDA
Kehidupan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra akan diserikan dengan kehadiran orang baharu tidak lama lagi.
PUTERA HARRY & MEGHAN MARKLE TAMPIL DENGAN DOKUMENTARI TERBAHARU
Selepas 'Harry & Meghan', pasangan Sussex telah bersedia untuk mempersembahkan dokumentari terbaharu mereka yang akan membuka mata dunia.
SEGALANYA MENGENAI DOKUMENTARI HARRY & MEGHAN BAHAGIAN 2
Antara sedutan dokumentari bahagian kedua adalah pendedahan mengejutkan Putera Harry mengenai ahli keluarganya.
SURAT TERBUKA PUTERA HARRY & MEGHAN MARKLE
Sempena ulang tahun kedua pandemik Covid-19, Putera Harry dan Meghan Markle menggesa agar vaksin diagihkan secara adil menerusi satu surat terbuka.