Skip to content

TERIMA STANDING OVATION LAPAN MINIT, ANGELINA JOLIE MENITISKAN AIR MATA

TERIMA STANDING OVATION LAPAN MINIT, ANGELINA JOLIE MENITISKAN AIR MATA

Kongsikan artikel ini

Tiga tahun lamanya Angelina Jolie tidak membintangi atau mengarahkan apa-apa filem. Dan siapa sangka, sekali muncul dengan naskah terbaru, ia berjaya menyentuh hati para penonton.

Baru-baru ini aktres versatil itu muncul di Festival Filem Venice di Itali sempena filem biopik lakonannya, Maria. Sebaik sahaja tayangan perdana berakhir, penonton dilihat berdiri dan memberi tepukan gemuruh selama hampir sepuluh minit. Sekali gus menandakan kejayaan naskah arahan Pablo Lorrain itu.

Angelina dilihat beremosi dengan sambutan hangat yang diterimanya kala menuruni tangga di teater sambil diiringi Pablo. Selang beberapa saat, dia mengesat air mata yang gugur sebelum melambai ke arah penonton dan kembali ke tempat duduknya.

@pagesix

Angelina Jolie started crying during 8-minute standing ovation for “Maria” at Venice Film Festival. 😭

♬ original sound – Pagesix | Celebrity Gossip

Tentang Biopik Maria Lakonan Angelina Jolie

Filem Maria menampilkan Angelina sebagai Maria Callas, salah seorang penyanyi opera teragung dalam sejarah sekitar 50-an dan 60-an. Berlatarkan tahun 70-an, ia menceritakan tentang perjalanan hidup Maria yang tragis di Paris dan hari-hari terakhir sebelum kematiannya.

Aktres berusia 49 tahun itu dilaporkan menghabiskan masa tujuh bulan untuk mempersiapkan diri bagi menggalas watak ikonik tersebut. Menurut Pablo, Angelina adalah jelmaan Maria yang tepat.

Angelina Jolie Maria Callas

“Ada sesuatu tentang wanita seperti Maria Callas, juga Angelina Jolie. Mereka mempunyai aura tarikan fizikal di atas pentas, di hadapan kamera, malah walaupun ketika berada di dalam bilik. Anda dapat rasakan betapa besarnya nilai kemanusiaan yang mereka bawa.

“Jadi tidak sukar untuk Angie (Angelina Jolie) menjelma sebagai penyanyi itu dan memikul tanggungjawab yang diberi, kerana ia sudah pun ada dalam dirinya,” katanya.

Selain Angelina, filem ini turut dibintangi oleh Pierfrancesco Favino dan Alba Rohrwacher. Selepas tayangan di Festival Filem Venice, Maria akan dipersembahkan pula di Festival Filem New York. Ia bakal disiarkan di Netflix tidak lama lagi.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: ADAM DRIVER BERI REAKSI MENGEJUTKAN KETIKA MENERIMA TEPUKAN GEMURUH DI CANNES

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

Bacaan Lanjut
TERIMA STANDING OVATION TUJUH MINIT, JOHNNY DEPP DILIHAT SEBAK

TERIMA STANDING OVATION TUJUH MINIT, JOHNNY DEPP DILIHAT SEBAK

Bacaan Lanjut
ANGELINA JOLIE BERUNDUR DARIPADA AGENSI PELARIAN PBB

ANGELINA JOLIE BERUNDUR DARIPADA AGENSI PELARIAN PBB

Bacaan Lanjut

15 PELAKON YANG PERNAH MENOLAK WATAK IKONIK DARIPADA FILEM POPULAR HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
DIDAKWA MENGASARI ANAK-ANAK, INI RESPONS BRAD PITT

DIDAKWA MENGASARI ANAK-ANAK, INI RESPONS BRAD PITT

Bacaan Lanjut

BRAD PITT DAN KEKASIH BARUNYA, LE DOMAINE

Bacaan Lanjut