THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA FAZZIQ MUQRIS
Temu bual, BATRISYIA FAISAL, Teks, SHAKIF MD NOOR
Serba boleh, bertenaga dan sentiasa bergerak. Fazziq Muqris ialah figura moden yang mudah beralih antara studio, kamera dan gaya hidup aktif yang menjadi nadi dirinya. Personaliti yang hidup dengan tujuan, disiplin dan keaslian.

Jaket & seluar denim, Levi’s® Blue Tab™
BILAKAH FAZZIQ RASA PALING BERADA DALAM ELEMEN SENDIRI?
Selalunya ketika saya berada di gim. Bagi saya, gim ialah ruang untuk seketika keluar daripada hiruk-pikuk dunia luar. Tempat saya melepaskan tekanan dan menumpukan sepenuhnya pada diri sendiri. Setiap sesi latihan menjadi cara untuk saya ‘reset’ minda dan tubuh.
Di situ, saya tidak bersaing dengan sesiapa kecuali diri sendiri. Setiap kali saya berjaya mengatasi rekod peribadi, hadir satu rasa kepuasan yang sukar digambarkan. Dalam gim, saya lebih fokus, lebih tenang, dan paling penting, saya boleh benar-benar menjadi diri sendiri.
Kalau diberi peluang untuk bekerjasama dengan sesiapa pun (hidup atau telah tiada), siapa pilihan anda?
Saya sebenarnya tidak mempunyai individu atau syarikat tertentu dalam fikiran. Namun, jika diberi peluang memilih, saya ingin bekerja di sebuah pulau. Ada sesuatu tentang suasana pulau. Bunyi ombak, deruan angin, udara laut yang menenangkan. Yang benar-benar menghidupkan tenaga saya. Persekitaran seperti itu membuatkan saya lebih kreatif, lebih hadir, dan lebih selari dengan diri sendiri.
Jika perlu memilih untuk bekerjasama dengan sebuah jenama, saya cenderung ke arah jenama sukan. Saya memang meminati gaya hidup aktif, dan saya suka bagaimana jenama-jenama sukan menerapkan semangat “lifestyle meets purpose” dalam identiti mereka. Ia selari dengan nilai dan gaya hidup yang saya cuba kekalkan setiap hari.
Apakah benda yang sedang anda obses dengan sekarang, misalnya lagu, trend, atau hobi baru?
Saya baru balik dari Bali, dan sekarang saya boleh kata saya tengah obses dengan surfing. Buat masa ini, itulah aktiviti yang paling mencuri perhatian saya. Walaupun kulit masih belum setanned seperti yang saya harapkan, haha!
Bagi saya, surfing bukan sekadar sukan; ia rasa macam satu bentuk terapi. Tapi dalam apa jua keadaan, gym tetap nombor satu dalam hidup saya. Kedua-dua aktiviti ni bagi saya ruang untuk seketika disconnect, fokus pada diri sendiri, dan kembali rasa lebih tenang.
Bagaimanakah Fazziq ketika on dan off camera?
Sebagai penyampai radio dan pelakon, karakter saya di depan kamera selalunya berbeza sedikit daripada diri sebenar saya. On camera, saya lebih fokus, tersusun dan profesional. Tapi off camera, saya kembali jadi Fazziq yang sebenar. Lebih santai, happy-go-lucky, dan suka luangkan masa dengan keluarga serta kawan-kawan.
Lepas kerja, saya jenis yang suka mengajak orang makan, buat aktiviti luar, atau sekadar lepak untuk unwind. Saya memang tak boleh duduk diam terlalu lama; saya lebih hidup dalam suasana yang bertenaga dan penuh vibe positif.
Apa satu nasihat yang selalu anda pegang bila rasa hilang arah?
Nasihat paling ringkas tapi bermakna yang saya pegang ialah, “Go spend.” Kedengarannya lucu, tetapi sebenarnya ia mengingatkan saya tentang keseimbangan. Bagi saya, hidup bukan sekadar menahan diri atau menyimpan semata-mata, tetapi juga tentang keberanian untuk menghadapi apa yang datang dan memberi ruang untuk menikmati hasil usaha sendiri.
Kadang-kadang kita terlalu fokus untuk “simpan” sampai terlupa untuk hidup. Jadi apabila saya rasa down atau hilang arah, saya akan ingatkan diri: kau dah kerja keras, dan kau layak untuk menikmati hasilnya. Nikmati masa sekarang sebab itu juga satu bentuk rasa syukur.
Artikel berkaitan: LAKONAN JACOB ELORDI DI FRANKENSTEIN MENARIK MINAT RAMAI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL25: TAHUN PENUH PENGARUH, GAYA & EVOLUSI BUAT GLAM LELAKI
GL25: Sepanjang 2025, GLAM Lelaki terus memperteguh naratif lelaki moden menerusi deretan pencapaian dan kolaborasi eksklusif.
TOTAL GROOMING CHECK: SET PENJAGAAN RAMBUT & BADAN PILIHAN EDITORIAL
GLAM Lelaki memilih tiga rangkaian penjagaan rambut dan badan daripada OUAI, Shiseido Professional dan Grown Alchemist.
PENGALAMAN MAGIS POP-UP COACH HOLIDAY 2025
#StyledByJK bersama GL Gang, Jansen menampilkan trik mudah penggayaan musim percutian daripada koleksi Coach Holiday 2025.
6 ARTIS LELAKI YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025
Tahun 2025 dipenuhi dengan berita artis-artis lelaki yang berkahwin bersama wanita pilihan mereka yang cukup jelita.
DI SEBALIK SUARA ERA FM, FAZZIQ MUQRIS KINI BERGELAR SUAMI
Fazziq Muqris sah bergelar suami kepada Sharifah Areeqa dalam majlis sederhana namun penuh makna, membuka lembaran cinta baharu.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SALMAN FARISH
Memiliki gaya peribadi yang unggul menjadikan Salman Farish salah satu inspirasi fesyen terbesar untuk generasinya. GLAM Lelaki tampilkan Salman Farish untuk November 2025.











