Skip to content

hael husaini

THE UNSTOPPABLE HAEL HUSAINI

Kongsikan artikel ini

He’s unstoppable. Bakat seni jejaka berusia 34 tahun ini kian berkembang menjadi rimba menghijau. Mengikuti sukses Jampi dan Haram, tiga lagu ciptaannya Yakni Hati, Belenggu Rindu dan Peluang Kedua mara ke pentas AJL35. GLAM meraikan komposer, penulis lagu dan penyanyi lelaki terbaik tanah air, Hael Husaini.

pengarah kreatif AIZAT AIDID teks ZUHAIRIE SAHROM penata fesyen JOHAN KASSIM gambar EDMUND LEE / ONE3FOUR STUDIO solekan FENDI SANI dandanan CODY CHUA pakaian & aksesori ONITSUKA TIGERhael husaini

Momen fesyen terburuk Hael?

Ya Tuhan. Let’s throwback between the year 2013 to 2016. Hari ini saya memberi sepenuh kepercayaan kepada jurugaya untuk memilih persalinan saya.

Pendapat mengenai pereka tempatan?

Saya menyokong usaha pereka tempatan di dalam memeriahkan lapangan fesyen tempatan.

Jenama lokal yang menjadi pilihan Hael?

Rizman Ruzaini merangkap teman rapat. He’s brilliant!

Boxers atau Briefs?

Briefs.

Cita-cita sewaktu berusia 12 tahun?

Memasang impian untuk menjadi saintis.

Apakah pengajaran hidup yang penting untuk dipelajari oleh seseorang? 

Anda perlu terluka terlebih dahulu.

Hael memulakan hari dengan? 

Mengucapkan Alhamdulillah.

Cabaran menjadi bapa tunggal? 

Sebahagian besarnya adalah pengorbanan.

Mungkin tidak ramai yang tahu mengenai cerita pengambilan anak angkat Hael, kongsikan sedikit mengenainya?

It was wonderful. Tahun 2017 itu penceritaannya sangat indah. Pada mulanya, tidaklah semudah yang seperti saya jangkakan. Namun, saya belajar untuk membuatnya mudah. Proses demi proses.

Pada pendapat Hael, mengapa lebih baik untuk mengambil anak angat? 

The most important thing children need is just love. Every child needs a family. Simple as that.

Adakah Hael pernah menyesal dalam memerankan tanggungjawab sebagai bapa tunggal?

No. Never, ever. Menjadi bapa tunggal tidaklah mudah. Tapi saya berusaha sehabis baik untuk menjadi seorang bapa yang sempurna untuk anak saya setiap hari.

Nasihat terpenting buat anak kelak?

Bila saya sudah berusia, jangan pula menghantar saya ke rumah jagaan orang tua.

Tough love atau gentle approach?

Hael seimbangkan kedua-duanya.

Minuman kegemaran?

Tidak berpunya yang spesifik.

Sarapan pagi?

Salad.

Dessert kegemaran?

I have a sweet tooth, I can’t say no to any.

Typical Brunch?

American Breakfast!

Buku yang hendak dibaca?

Give and Take: A Revolutionary Approach to Success.

Apa yang Hael baca baru-baru ini?

Kamus dewan bahasa.

Superpower?

Saya mahu kebolehan untuk mengawal, menguasai minda.

Something you’re tired of?

NEGATIVITY!

Percutian terbaik?

Bila-bila saja saya berasa seperti bercuti.

Kota yang ingin dilawati?

Hutan konkrit, kota New York.

Perfect road trip?

Bila perjalanannya lancar tanpa mendatangkan sebarang masalah.

Apa yang Hael buat pada hujan hari?

Duduk, mengarang lagu.

Senaman terbaik?

Membuat senaman perut.

Spirit animal?

Serigala.

Cooking or Baking?

Cooking!

Planting?

Tangan saya panas untuk bercucuk tanam.

Sedan atau SUV?

SUV.

Sky diving atau scuba diving?

Sky diving pada hal takut tinggi tu. Apa-apa jelah. Haha.

Bagaimana Hael menguruskan tekanan?

Pertama sekali, elakkan perkara yang mendatangkan tekanan.

Apa yang Hael lakukan untuk relaks?

Mencari masa untuk bersendirian.

Siapa Hael berpaling saat sedih?

Saya memilih untuk bersendirian kerana Hael jenis orang yang selesa menyimpan perasaan.

One thing you’ve learned the hard way?

Building trust.

Sekiranya Hael mahu memproduksi satu dokumentari, apa isi kandungannya?

Dokumentari mengenai perjalanan saya menjadi seorang bapa tunggal.

Siapa Hael pilih untuk memainkan lakonan itu?

Saya sendiri bakal memikul lakonan itu.

Kekuatan Hael?

Keyakinan saya.

Kelemahan Hael?

Juga keyakinan saya.

Sesuatu paling comel?

Semua yang terkait bersama Helena Hael.

Bagaimana Hael tahu bila terjatuh cinta?

Bila tidak henti menghantar mesej kepada individu itu.

Idea date yang ideal?

Jangan merancangnya terlalu terperinci. Pandu kereta secara spontan, without knowing where to go could be the best thing.

Bunga kegemaran?

Peony. Harum, wangi.

Apa yang Hael perhatikan saat pertama kali mengenali seseorang?

Senyumannya.

Guilty pleasure?

Makanan kot.

Rancangan untuk hujung minggu?

Meluangkan masa bersama keluarga saya. Yeah.

Pekerjaan pertama Hael?

Kerja di A&W.

Quotes kegemaran?

“Work hard in silence, let your success be your noise.” ― Frank Ocean

Mengapa masih single?

Kerana saya lebih selesa menjadi single. Haha.

BACA 50 SELANJUTNYA DI DALAM GLAM APRIL 2021

PAUTAN BERKENAAN: THE ONITSUKA TIGER ATTITUDE

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

lagu raya 2024

8 LAGU RAYA BAHARU PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
anugerah juara lagu

SIAPA BAKAL MENJUARAI TROFI ANUGERAH JUARA LAGU 2024? #AJL38

Bacaan Lanjut
fashion week 2024

30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FASHION WEEK MENSWEAR 2024

Bacaan Lanjut
FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut