TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DI KOTA CINTA
Selepas menghadiri Golden Globes 2025, Timothee Chalamet dan Kylie Jenner sekali lagi membuat kemunculan bersama di tempat awam.
Kali ini pasangan itu dirakam menikmati janji temu romantis di kota cinta Paris. Menerusi foto yang tular, Timothee dan Chalamet dilihat berpegangan tangan kala memasuki Hotel Royal Monceau selepas keluar makan malam bersama di sebuah restoran mewah.
Bintang The Kardashian berusia 27 tahun itu kelihatan anggun dalam jumpsut berwarna hitam yang dipadankan bersama kasut tumit tinggi sedondon. Timothee pula tampil kasual dalam celana denim hitam, kemeja-T putih dan jaket berwarna-warni. Skarf dan topi merah jambu melengkapkan gayanya.

Foto: Aissaoui Nacer/Backgrid

Foto: Aissaoui Nacer/Backgrid
Kemunculan pasangan ini dirakam hanya selepas dua minggu mereka menghadiri anugerah Golden Globes bersama. Kehadiran mereka sekali gus menghentikan spekulasi bahawa Timothee dan Kylie mungkin sudah berpisah dan membawa haluan masing-masing.
Garis Masa Perhubungan Timothee Chalamet & Kylie Jenner
Walaupun pasangan ini mula dikaitkan pada April 2023, mereka tidak membuat penampilan bersama secara terbuka sehinggalah bulan September ketika menghadiri konsert jelajah dunia Renaissance Beyonce.
Beberapa hari kemudian, kelibat pasangan itu dilihat di Minggu Fesyen New York dan Terbuka AS 2023. Sejak itu mereka telah beberapa kali muncul di tempat awam termasuk janji temu di Anugerah Inovator Majalah WSJ pada November 2023, Golden Globe 2024 pada bulan Januari dan menonton wayang bersama pada bulan Jun.
Pada pertengahan bulan Ogos, aktor Wonka itu menyertai Kylie dan keluarganya ke Bahamas bagi meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke ke-27.
Satu sumber mendedahkan bahawa pelakon dan mogul kecantikan itu merupakan pasangan serasi dan hebat. Malah semua orang terdekat menyenangi dan gembira dengan perhubungan mereka.

Foto: Getty Images
“Timothee rapat dengan keluarga Kylie, begitu juga sebaliknya. Dia juga sudah mula bergaul dan menyesuaikan diri dengan anak-anak Kylie.
“Perhubungan mereka serius, tetapi juga menyeronokkan. Mereka berjaya cari keseimbangan antara masa berkerja dan masa berkualiti untuk satu sama lain,” jelas sumber.
Foto: Foto: Aissaoui Nacer/Backgrid
Pautan berkaitan: JOE JONAS KECUNDANG SEKALI LAGI DALAM PERCINTAAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GAYA PASANGAN TERBAIK DI FILEM FESTIVAL CANNES 2025
Gaya pasangan di Festival Filem Cannes 2025 menjadi pertanyaan ramai,terutamanya kerana tahun-tahun sebelum ini dipenuhi pasangan ikonik.
8 WANGIAN LELAKI UNTUK TARIK PERHATIAN WANITA
Selain daripada gaya fesyen yang kemas, wangian lelaki juga mampu menjadi salah satu cara untuk menarik perhatian wanita.
MET GALA 2025: WANITA MENDOMINASI TEMA MASKULIN
Ketahui bagaimana wanita mendominasi pentas karpet merah Met Gala 2025 dengan gaya tailored penuh statement.
GAYA BEST DRESSED LELAKI DI OSCAR 2025
Pada Anugerah Akademi ke-97, Oscar yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, bintang-bintang lelaki Hollywood mempamerkan gaya fesyen yang memukau di karpet merah.
AMEERA KHAN & JEFRI NICHOL: FESYEN SEBAGAI BAHASA CINTA
Ameera Khan dan Jefri Nichol membuktikan bahawa cinta boleh disampaikan melalui gaya dan simbolik yang halus.
SUPERCAR TRAVIS SCOTT BERNILAI USD 5.5 MILLION
Travis memiliki kereta paling eksklusif dalam koleksinya—sesuatu yang hampir mustahil untuk dilihat di jalan-jalan di Amerika Syarikat.