TINJAU KEDIAMAN MEWAH ADAM LEVINE & BEHATI PRINSLOO
Walaupun nama Adam Levine dan Behati Prinsloo begitu masyhur, pasangan itu memilih untuk tinggal di rumah ladang jauh dari kota di Pacific Palisades, Los Angeles yang direka oleh Cliff May pada tahun 30-an.
Kediaman tersebut telah beberapa kali melalui proses pengubahsuaian sebelum menjadi milik pasangan itu, justeru seni bina asalnya hampir tidak lagi kelihatan.
Ia kini menampilkan kediaman santai, terang dan mendamaikan dengan rona neutral yang menawarkan latar belakang tepat buat pelbagai koleksi seni pasangan itu.
Terdapat ruang tamu selesa yang dihiasi dengan perabot rendah, dapur luas dengan sebuah meja makan yang besar, panggung untuk menonton filem, studio muzik dan sebuah bar.
Lebih Ruang Menarik Di Kediaman Keluarga Adam Levine
Kamar tidur utama menampilkan almari pakaian berasingan yang cukup luas buat pasangan penyanyi dan supermodel itu. Terdapat juga kamar mandi yang turut berfungsi sebagai sauna.
Kediaman mereka yang terletak jauh dari jalan utama dikelilingi kehijauan yang tumbuh subur dan pemandangan menakjubkan.
Di bahagian luar, terdapat ruang untuk mereka sekeluarga meluangkan masa bersama antaranya kolam renang, gimnasium dan studio yoga.
Ini bukanlah kali pertama hartanah ini dimiliki oleh bintang Hollywood. Selebriti yang pernah menetap di rumah ladang ini termasuk Ben Affleck dan Jennifer Garner, Gregory Peck, serta penerbit Brian Grazer.
“Kami tidak mahu rumah agam yang tersergam indah. Kami tertarik dengan kediaman ini kerana ia selesa dan mendamaikan, benar-benar terasa bagaikan berada di rumah,” jelas mereka.
Foto: Getty Images/Architectural Digest
Pautan berkaitan: TINJAU KEDIAMAN DESA PASANGAN ROMANTIS, KEITH URBAN & NICOLE KIDMAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI SAIXSE PENYANYI FENOMENA MALAMPAGI
Kehadiran Saixse adalah bukti bahawa bakat muda Malaysia mampu mencipta gelombang bukan sahaja di tanah air malah merentas sempadan.
ZAKI YAMANI: WARISI BAKAT LEGENDA, SUARA GENERASI BAHARU
Dari seorang remaja yang mengidolakan bapanya, kini dia berdiri sebagai artis muda berbakat yang sedang mencipta legasinya sendiri.
MALIQUE ‘THE GENERAL’ KEMBALI! MENGUBAT RINDU PEMINAT
Malique, atau dikenali sebagai The General, bukan sekadar seorang rapper dan penulis lirik, tetapi juga seorang ikon yang terus berpengaruh.
ALIFF AZIZ: SEORANG LELAKI YANG SEMAKIN MATANG
Dari bintang di pentas hiburan hingga menjadi bapa, Aliff Aziz adalah bukti bahawa setiap lelaki boleh berubah kepada lebih baik.
TINJAU KEDIAMAN GAYA SEPANYOL RM155 JUTA MILIK SELENA GOMEZ & BENNY BIANCO
Pasangan pemuzik itu memberi petunjuk bakal menaiki altar dengan membeli sebuah rumah agam mewah di Beverly Hills, California.
NANON KORAPAT KINI RAKAN COACH ASIA TENGGARA
Nanon Korapat kini melangkah ke fasa yang lebih besar dalam kerjayanya, bersama Coach, membawa semangat keberanian, ekspresi diri, dan keyakinan di seluruh Asia Tenggara.