Skip to content

VOKAL ‘EMAS’ CAKRA KHAN PIKAT HATI JURI AMERICA’S GOT TALENT

VOKAL ‘EMAS’ CAKRA KHAN PIKAT HATI JURI AMERICA’S GOT TALENT

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Persembahan Cakra Khan Meraih Pujian

Memperoleh empat ‘yes’, barisan juri meluahkan rasa kagum dengan vokal yang dimiliki pelantun lagu Harus Terpisah itu. Sofia Vergara menjerit ‘Bravo!’ sebaik saja Cakra Khan selesai membuat persembahan. Heidi Klum pula berkata dia mempunyai suara unik dan seksi yang sukar dilupakan.

“Anda mempunyai vokal yang sangat unik, sangat seksi. Suara anda sangat menonjol dan tidak dapat dilupakan, sangat-sangat istimewa,” katanya. Simon Cowell turut bersetuju dengan berkata, “Suara seperti itu sangat jarang didengari. Menerusi lagu kedua, saya lebih mengenali anda, ia membuatkan anda lebih menarik. Anda kedengaran seperti seorang artis. Saya sangat-sangat sukakan suara anda.”

Cakra KhanAmerica's Got Talent 2023

Foto: YouTube

Cakra Khan turut berkongsi mengenai penglibatannya dalam America’s Got Talent menerusi beberapa hantaran di Instagram. Dalam perkongsian terkini, dia menitip penghargaan buat rakan selebriti dan peminat yang tidak henti-henti memberi sokongan padu. “Saya mahu merakamkan ucapan terma kasih kepada semua untuk segalanya. Saya bertuah kerana mendapat sokongan anda dalam perjalanan saya di @agt. Semoga Allah membalas kebaikan anda semua. Lagu daripada penyanyi legenda Bob Marley ini amat bermakna buat saya,” tulisnya.

Selain peminat, ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah dan pujian daripada rakan artis dari Indonesia juga Malaysia. Mereka termasuk Datuk Rossa, Ifan Seventeen, Melly Goeslow, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Hael Husaini, Haqiem Rusli, Adira Suhaimi dan ramai lagi. Anda boleh menonton persembahan luar biasanya di bawah ini.

Foto: Facebook/YouTube

Pautan berkaitan: AFGAN LIVE IN CONCERT WITH MALAYSIAN PHILHARMONIC ORCHESTRA TEMUI PEMINAT DISEMBER INI

2 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

CAKRA KHAN BAKAL HIBURKAN PEMINAT MALAYSIA DI SAMPING PENYANYI MISTERI

CAKRA KHAN BAKAL HIBURKAN PEMINAT MALAYSIA DI SAMPING PENYANYI MISTERI

Bacaan Lanjut
“IT’S A NIGHT TO REMEMBER” - JUDIKA ANJUR KONSERT ‘ROCKMANTIC’ OKTOBER INI

“IT’S A NIGHT TO REMEMBER” – JUDIKA ANJUR KONSERT ‘ROCKMANTIC’ OKTOBER INI

Bacaan Lanjut
AFGAN LIVE IN CONCERT WITH MALAYSIAN PHILHARMONIC ORCHESTRA TEMUI PEMINAT DISEMBER INI

AFGAN LIVE IN CONCERT WITH MALAYSIAN PHILHARMONIC ORCHESTRA TEMUI PEMINAT DISEMBER INI

Bacaan Lanjut
BUNGA CITRA LESTARI AKHIRNYA TEMUI PENGGANTI ASHRAF SINCLAIR?

BUNGA CITRA LESTARI AKHIRNYA TEMUI PENGGANTI ASHRAF SINCLAIR?

Bacaan Lanjut

INI 5 LAGU PENYANYI INDONESIA, TULUS HARUS ANDA TAHU

Bacaan Lanjut

KONSERT ‘MARCELL DUA DEKADE’, RAI 20 TAHUN BERSAMA PEMINAT MALAYSIA

Bacaan Lanjut