WAJAH TERBAHARU THE WEEKND CETUS TANDA TANYA PEMINAT
Masih ingat lagi persembahan penyanyi R&B ini di MTV Video Music Awards yang berlangsung Ogos tahun lalu? The Weeknd muncul di atas pentas dengan wajah berdarah seolah tercedera, membuatkan penonton tertanya-tanya apakah yang berlaku.
Dua bulan kemudian, The Weeknd tampil di acara American Music Award dengan konsep yang sama, kali ini wajahnya berbalut dengan kain pembalut putih. Peminat masih mempersoalkan apakah motif di sebaliknya.
Namun semua persoalan itu terjawab apabila dia melancarkan video muzik terbaru, Save Your Tears tiga hari lalu, yang merupakan kesinambungan daripada dua penampilannya sebelum ini.
Dalam video tersebut, dia mendedahkan wajahnya yang kelihatan bengkak seperti disuntik botoks, hidung bengkok dan kesan parut di tepi wajah seolah baru menjalani pembedahan plastik. Dia juga menyarungkan sut merah sama yang dipakainya ketika menghadiri dua anugerah tersebut.

Perkara ini membuatkan namanya trending di Twitter. Ada peminat menulis “kami akan tetap menyayangi anda walau apa terjadi”, dan ada yang berjenaka mengatakan wajahnya saling tidak tumpah seperti Squidward, watak dalam siri kartun Spongebob Squarepants. “The Weekend ternampak filter Insta Squidward yang tampan dan berkata, ‘Saya mahu cuba,’” tulisnya.
Walaupun ada yang memuji, namun ramai yang mempersendakan penampilannya itu.



Anda boleh menonton video muzik tersebut di bawah dan buat penilaian sendiri.
Foto: The Weeknd
Pautan berkaitan: TOM HANKS DEDAH IMEJ TERBARU UNTUK FILEM BIOPIK, ELVIS PRESLEY
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU
Mark dan Ten NCT meninggalkan SM Entertainment. Ketahui impak besar perpindahan dua ikon global ini terhadap industri seni.
5 LAGU TERBAIK NYANYIAN NAIM DANIEL PILIHAN GLAM LELAKI
Terokai 5 lagu terbaik Naim Daniel pilihan GLAM Lelaki. Dari "Sumpah" hingga "Seni Berdamai Dengan Takdir", lihat evolusi seni beliau di sini.
MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’
Tinggalkan minimalisme. Terokai trend Maksimalisme 2026 bersama Hael Husaini, Hun Haqeem, dan Syed Syafiq. Berhenti bermain selamat sekarang!
5 FILEM HERO FIENNES TIFFIN DENGAN RATING TERTINGGI
Lima filem dengan rating tertinggi lakonan Hero Fiennes Tiffin termasuk Harry Potter and the Half-Blood Prince dan After.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
AMANDA AMRY, PERSONALITI CHEEKY DAN WAJAH AYU
Amanda Amry, nama yang mungkin terkenal dalam kalangan pencinta muzik dan kecantikkan muda, GLAM Lelaki turut sempat menemubualnya.











