Skip to content

ARABELLA ELLEN, GADIS MUDA SEMAKIN MENYERLAH

ARABELLA ELLEN, GADIS MUDA SEMAKIN MENYERLAH

Kongsikan artikel ini

Di barisan bakat muda yang semakin menyerlah dalam industri hiburan, nama Arabella Ellen terus mencuri perhatian.

Arabella Ellen bukan sekadar wajah manis yang memeriahkan skrin. Dia membawa keaslian, kelembutan dan aura mesra yang membuatkan sesiapa sahaja selesa berada di sekelilingnya. Dari pentas Dewi Remaja, Arabella kini melangkah lebih jauh dengan membintangi drama terbaharunya, Generasi: Perfect 10, yang menjadi pentas penting dalam perkembangan kariernya. Watak yang dibawanya menuntut sisi yang lebih matang, emosional dan berlapis. Sekali gus memaparkan potensi Bella sebagai pelakon muda yang serius mahu berkembang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arabella🌷 (@arabellaellen_)

Arabella Ellen mengakui dirinya pernah pendiam dan berhati-hati, namun perjalanan dalam industri, ditambah pengalaman di Dewi Remaja membantunya menjadi lebih yakin dan berani mencabar zon selesa. Keaslian itulah yang menjadikan Bella lain daripada yang lain. Dengan personaliti yang sweet, grounded and driven, serta peluang besar melalui Generasi: Perfect 10, Bella kini berdiri sebagai antara bintang muda yang paling wajar diberi perhatian.

1. Apa satu perkara tentang diri anda yang sering disalah faham oleh orang, tetapi anda harap mereka tahu?

Ramai beranggapan bahawa Arabella seorang yang sombong apabila tidak senyum, tetapi saya sebenarnya seorang yang introvert dan reserved dengan sekeliling saya. Jadi,  kerana itu Bella ambil masa sedikit untuk buka diri kepada orang baharu.

2. Bagaimana rakan terdekat anda menggambarkan anda dalam tiga perkataan—dan adakah anda setuju?

Jika perlu pilih 3 perkataan, kebanyakan mereka mungkin akan pilih caring, bising dan kuat tidur. Maksud saya… saya pun setuju jugalah haha.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arabella🌷 (@arabellaellen_)

3. Apakah rutin harian kecil yang membuatkan anda kekal grounded dan lebih dekat dengan diri sendiri?

Bella suka mendengar lagu dan pejam mata setiap kali ada masa terluang. Sesuatu yang amat mudah, tetapi ia buat Bella rasa lebih tenang dan boleh bernafas sekejap. Hampir setiap hari Bella akan buat begitu.

4. Apakah produk kecantikan yang sentiasa anda bawa, ke mana sahaja anda pergi?

Lip balm atau lip oil, maskara dan concealer. Sangat ringkas, tapi cukup untuk saya.

5. Apakah signature kecantikan anda—satu perkara yang membuatkan anda serta-merta berasa yakin?

Keyakinan diri adalah nombor satu buat Bella. Jadi diri sendiri tanpa cuba menjadi versi orang lain. Bella yakin dengan keunikan diri sendiri. Know your worth.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arabella🌷 (@arabellaellen_)

6. Apakah langkah kerjaya berani yang pernah anda ambil dan anda banggakan—walaupun ketika itu ia menakutkan?

Keluar daripada zon selesa dan mencuba bidang yang memerlukan banyak komunikasi. Walaupun Bella risau akan gagal, pengalaman itu yang sebenarnya membentuk keyakinan diri Bella hari ini.

7. Apakah yang membuatkan seseorang itu attractive pada pandangan anda—selain rupa paras?

Bagi Bella, seseorang itu jadi menarik apabila mereka mempunyai hati yang baik dan emotional intelligence. Cara mereka melayan orang dengan hormat dan empati. Itu jauh lebih memikat daripada rupa paras.

8. Describe ideal date buat anda.

Ideal date bagi Bella ialah aktiviti sukan, atau park date yang sederhana dan comel. Bella suka hubungan dan perbualan yang datang secara semulajadi, tidak perlu mewa pun. Yang penting, effort dan connection.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arabella🌷 (@arabellaellen_)

9. Jika anda boleh melarikan diri selama 48 jam, ke mana anda akan pergi—dan siapa yang akan anda bawa bersama?

Bella akan kembali ke tempat yang memberi rasa seperti “pulang ke rumah”, atau ke pantai. Dan Bella akan bawa ahli keluarga terdekat, kerana merekalah comfort zone Bella.

10. Dimanakah anda lihat diri anda dalam 10 tahun akan datang?

Dalam 10 tahun, Bella berharap berada di tahap yang stabil dari segi kerjaya, kewangan dan emosi. Bella mahu lihat diri lebih bijak, lebih tenang dan hidup dengan tujuan yang jelas.

Pautan berkaitan: “TEGAS BILA PERLU, MESRA BILA WAJAR, DAN SPONTAN.” – HAJJAR

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

6 SELEBRITI WANITA PALING MENYERLAH SEPANJANG TAHUN 2025

6 SELEBRITI WANITA PALING MENYERLAH SEPANJANG TAHUN 2025

Bacaan Lanjut
"TEGAS BILA PERLU, MESRA BILA WAJAR, DAN SPONTAN." - HAJJAR

“TEGAS BILA PERLU, MESRA BILA WAJAR, DAN SPONTAN.” – HAJJAR

Bacaan Lanjut