Skip to content

"SURFING AJAR SAYA TENTANG KEHIDUPAN." - QADEJA MUSSADIQ

“SURFING AJAR SAYA TENTANG KEHIDUPAN.” – QADEJA MUSSADIQ

Kongsikan artikel ini

Qadeja Mussadiq dan surfing merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan kerana kedua-dua ini saling melengkapi satu sama lain.

Qadeja Mussadiq, mungkin nama ini dikenali oleh peluncur atau surfers di Malaysia. Tetapi, buat yang tidak tahu, Qadeja Mussadiq merupakan seorang surfer wanita Malaysia yang juga mencipta kandungan di media sosial. Qadeja turut memiliki perniagaan kecil, Malibo Bake & Surf di Cherating. Bagi Qadeja, surfing merupakan satu perkara yang melengkapkan kehidupannya. Buat yang ingin mengetahui tentang Qadeja, GLAM Lelaki sempat menemubual GL Girl Crush ini.

1. Qadeja dalam 3 patah perkataan?

Berjiwa bebas, bertuah dan ocean-hearted.Β 

2. Apakah perkembangan terkini Qadeja?

Saya sedang membina keluarga kecil saya sendiri dan dokumentari juga sedang dalam …

3 .Ramai mengenali Qadeja sebagai seorang pempengaruh dan surfer. Apa lagi yang dilakukan oleh Qadeja, yang orang ramai perlu tahu?

Saya seorang yang mempunyai jiwa di persisir pantai, dibentuk oleh lautan dan telah diilhamkan oleh banyak perkara-perkara lain dalam kehidupan saya.

4. Siapakah girl crush and boy crush Qadeja?

Girl crush saya ialah Kelia Moniz manakala boy crush saya ialah Evan Mock.

5. Siapakah inspirasi Qadeja dalam hidup?

Inspirasi terbesar saya di dunia ini sebenarnya keluarga saya. Mereka amat penting buat saya.

6. Red flags ketika temu janji pertama?

Orang yang terlalu banyak bercakap tentang diri sendiri dan tidak menghormati orang lain.

7. Apakah cabaran yang anda hadapi sebagai figura awam?

Saya rasa salah satu cabaran ialah untuk menjaga diri sendiri walaupun banyak berkongsi hidup secara terbuka. Kadang-kadang saya rasa seperti saya perlu sentiasa terbuka atau ikut β€œversi online” diri sendiri. Tetapi saya belajar tentang sempadan, bukan saja dari segi privasi, tapi juga untuk kekal berpijak pada apa yang benar-benar penting.

8. Gambarkan lelaki idaman Qadeja?

Seseorang yang saya boleh ketawa bersama, membesar bersama, dan rasa tenang apabila berada bersamanya.

9. Apa yang membuatkan Qadeja jatuh cinta dengan surfing?

Bagi saya, surfing bukan sekadar sukan, tetapi ia banyak ajar saya tentang kehidupan, alam semula jadi, dan segala yang ada di sekeliling saya.

10 .Kamu rasa lelaki itu seksi bila

Dia seorang yang baik hati, rajin, dan penuh rasa hormat.

Pautan berkaitan: AMANDA AMRY, PERSONALITI CHEEKY DAN WAJAH AYU

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RIP CURL X JANGGUTBEAR: STREETWEAR GAYA SURF

Bacaan Lanjut

IRFAN SURF, KONGSI MINAT & GAYA HIDUP SEORANG PENCINTA LAUT

Bacaan Lanjut