Skip to content

ZAKI AZEMAN BERKONGSI PENGALAMAN MENIMANG CAHAYA MATA PERTAMA

ZAKI AZEMAN BERKONGSI PENGALAMAN MENIMANG CAHAYA MATA PERTAMA

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Zaki Azeman Berkongsi Berita Kehamilan Bersama Peminat

Februari lalu aktor berusia 29 tahun itu mendedahkan bahawa isterinya sedang hamil dan mereka bakal menimang cahaya mata sulung pada bulan Syawal. “Bismillahirrahmanirrahim, aku terima orang ketiga sepenuh hatiku,” tulisnya ringkas di Instagram berserta #ZRJunior.

Dia turut berkongsi alahan teruk yang dialami adik kepada penyampai radio Jaa Suzuran itu pada awal kehamilan. “Tiga bulan pertama, isteri memang mengalami alahan teruk sehingga kerap muntah. Ada ketika dia merajuk kerana saya tidak dapat membantunya yang sedang muntah di tengah malam disebabkan terlalu lena tidur.”

Foto: Instagram

Sama seperti kebanyakan wanita hamil, Raa Suzuran juga mengidam sesuatu yang tidak disukainya sebelum ini. “Dia sudah mula suka minum Milo selepas menikmatinya ketika kami di Kundasang, Sabah. Manalah saya nak cari lori Milo?” katanya menurut MStar.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 29 Mei 2022 selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan. Perkenalan mereka bermula melalui Instagram sebelum bercambah menjadi cinta menerusi minat sama dalam permainan video atas talian.

Zaki Azeman Raa Suzuran

Foto: Instagram

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: TENGKU SHARIFFUDDIN SHAH & JULIANA EVANS BAKAL TIMANG ANAK KEDUA

2 of 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

Bacaan Lanjut
jalil hamid

MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA

Bacaan Lanjut
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK

EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA

Bacaan Lanjut