Skip to content

5 KASUT MESTI ADA BULAN DISEMBER INI

5 KASUT MESTI ADA BULAN DISEMBER INI

Kongsikan artikel ini

Bulan Disember merupakan bulan terbaik untuk membeli-belah kasut baharu sebagai persediaan gaya buat tahun hadapan. 

Bulan Disember sering dikaitkan dengan musim percutian, acara sosial dan perubahan gaya yang lebih santai namun tetap bergaya. Sama ada anda merancang percutian ke luar bandar, menghadiri majlis hujung tahun atau sekadar ingin tampil segar dengan gaya baharu, kasut yang tepat memainkan peranan penting. Berikut ialah lima pilihan kasut yang bukan sahaja trending, malah praktikal dan versatil untuk dipakai sepanjang bulan ini, turut menjadi pilihan GLAM Lelaki.

#1 Salomon XT-6

Dilancarkan buat pertama kali pada tahun 2013, Salomon XT-6 merupakan kasut pilihan atlet bertaraf dunia. Ia digunakan untuk perlumbaan jarak ultra dalam keadaan persekitaran yang mencabar. Dikenali dengan prestasi tinggi, model ini kini kembali dengan kemas kini dari segi warna dan material yang lebih moden. Namun, tanpa menjejaskan fungsi asalnya. Tahap kusyen yang selesa, ketahanan yang tinggi serta kawalan yang stabil ketika menuruni permukaan menjadikannya kegemaran bukan sahaja dalam dunia sukan, malah dalam fesyen streetwear. XT-6 sesuai digayakan bersama pakaian kasual atau sporty, terutama bagi mereka yang mengutamakan keselesaan dan gaya lasak.

XT-6

#2 Puma Speedcat Lux

Ikon PUMA yang diinspirasikan daripada litar perlumbaan, Speedcat tampil sebagai pilihan bergaya. Dengan siluet ramping dan garisan rekaan yang pantas serta berani, kasut ini membawa elemen dunia permotoran terus ke dalam gaya harian anda. Ini menjadikannya pilihan tepat untuk mereka yang gemarkan penampilan moden dan sleek. Versi terbaharu ini menepati trend kasut berprofil rendah yang semakin popular. Speedcat Lux mudah dipadankan dengan seluar jeans, chinos atau juga pakaian minimalis untuk look yang clean dan versatil.

kasut bulan disember

#3 Coach Bolt Runner

Coach Bolt Runner Sneaker menawarkan gabungan sempurna antara rekaan mewah dan fungsi harian. Bahagian atasnya diperbuat daripada kombinasi kulit dan mesh, memberikan keseimbangan antara gaya elegan dan pengudaraan yang baik. Lapik fabrik pada bahagian dalam serta tapak kaki memastikan keselesaan sepanjang hari. Sama ada untuk berjalan jauh atau aktiviti santai. Dilengkapi dengan tapak luar getah yang tahan lasak dan penutup bertali, kasut ini sesuai untuk mereka yang inginkan sneaker bergaya premium tanpa mengorbankan keselesaan.

kasut bulan disember

#4 Ferragamo Penny Loafer

Bagi penampilan yang lebih sofistikated, Ferragamo Penny Loafer menjadi pilihan tepat. Menampilkan siluet kemas dengan sentuhan urban, kasut ini diperbuat daripada suede kulit anak lembu yang sangat lembut. Perincian klasik seperti tali saddle dengan bukaan berbentuk berlian dan jahitan timbul di sekeliling vamp menambah nilai elegan pada rekaan. Tapak getah bercorak lug pula memberikan elemen moden dan praktikal, menjadikannya sesuai digayakan untuk acara formal mahupun kasual pintar.

#5 Onitsuka Tiger Tigtrail

Menggabungkan fungsi trail running dengan rekaan fesyen yang sofistikated, Onitsuka Tiger Tigtrail daripada siri ULTI RS™ menawarkan keseimbangan antara prestasi dan gaya. Diinspirasikan daripada kasut trail arkib, model ini sesuai untuk pelbagai persekitaran. Daripada aktiviti luar hingga gaya urban harian. Reka bentuk tona seiring, penggunaan material bertekstur serta teknologi GEL™ memberikan sentuhan visual yang menarik. Tapak luar bercorak berlian memastikan cengkaman kukuh, manakala midsole berkusyen dan struktur half mono-sock memberikan kestabilan serta padanan yang selesa sepanjang hari.

kasut bulan disember

Sama ada anda mengutamakan prestasi, keselesaan atau gaya, lima pilihan kasut ini menawarkan sesuatu untuk setiap keperluan dan citarasa. Bulan Disember adalah masa terbaik untuk melabur dalam sepasang kasut yang bukan sahaja trendy, tetapi juga tahan lama dan versatil — sesuai untuk menemani anda sepanjang musim perayaan dan seterusnya.

Pautan berkaitan: COACH HIDUPKAN DUNIA FANTASI MUSIM PERAYAAN DENGAN TIGA POP-UP ISTIMEWA

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PESONA PERAYAAN, SENTUHAN KOLEKSI COACH HOLIDAY 2025

Bacaan Lanjut
WANGIAN PERTAMA DARI ONITSUKA TIGER: WEARING QUIET RADIANCE

WANGIAN PERTAMA DARI ONITSUKA TIGER: WEARING QUIET RADIANCE

Bacaan Lanjut

GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT

Bacaan Lanjut

THE COACH RESTAURANT SINGAPORE: GAYA HIDUP MEWAH DI JEWEL CHANGI AIRPORT

Bacaan Lanjut
THE GIFT FOR NEW ADVENTURES, KEMPEN ISTIMEWA DARI COACH

THE GIFT FOR NEW ADVENTURES, KEMPEN ISTIMEWA DARI COACH

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER BUKA SS25 BERSAMA MOMO TWICE

ONITSUKA TIGER BUKA SS25 BERSAMA MOMO TWICE

Bacaan Lanjut