EXO’S COMEBACK: “BACK IT UP” DAN PERSEMBAHAN MEMUKAU DI MMA 2025
Selepas hampir tiga tahun sejak keluaran album penuh terdahulu, legenda K-pop EXO comeback mencuri tumpuan dunia muzik dengan era terbaru mereka dengan title track “BACK IT UP”. Pentas Melon Music Awards (MMA) 2025 menjadi saksi paling gemilang bagi kebangkitan semula itu.
Penampilan mereka di MMA bukan sekadar kemunculan biasa. Ia merupakan pertama kali EXO comeback di pentas anugerah muzik utama setelah lapan tahun hiatus. Menjadikan momen ini bukan sahaja nostalgia, malah satu pernyataan tentang dominasi berterusan mereka di arena K-pop.
“BACK IT UP”: PEMBUKA ERA BARU
Antara detik paling dinanti di MMA 2025 ialah persembahan sulung secara langsung lagu baru mereka, Back It Up. Trek yang menjadi simbol statement untuk era comeback yang bakal tiba. Lagu ini merupakan salah satu daripada trek termasuk dalam album studio kelapan EXO, REVERXE, yang dijadualkan bakal dilancarkan pada 19 Januari 2026.
Walaupun belum rasmi dilancarkan secara digital atau fizikal, persembahan Back It Up telah mencetuskan gelombang perhatian besar di media sosial dan platform carian muzik. Video persembahan ini menjadi viral sejurus malam MMA berlangsung. Membuktikan bahawa pengaruh EXO masih kuat walaupun selepas period hiatus panjang oleh beberapa anggota kerana tugas ketenteraan dan komitmen masing-masing.
PENTAS YANG MEMBAWA EMOSI & LEGASI
Lebih daripada sekadar persembahan lagu baru, malam itu menjadi highlight penuh memori. EXO tidak hanya menyampaikan Back It Up, tetapi turut menghimpunkan medley lagu-lagu hit mereka seperti “Monster,” “Growl,” “Love Shot” dan “The Eve”. Membangkitkan sorakan gemuruh dari penonton serta generasi penggemar yang telah menyokong mereka dari mula debut. Momen Wolf dimainkan diikuti oleh ledakan sorakan penonton yang mengenali lagu itu sebagai salah satu dari anthem terbesar K-pop era awal. Memperlihatkan bahawa pengaruh EXO tetap melintasi generasi.
MENANTI ERA REVERXE
Apa yang ditampilkan di MMA 2025 hanyalah permulaan dan teaser untuk era baru REVERXE. Dengan Back It Up memberi bayangan tentang arah muzik yang lebih bertenaga dan moden. REVERXE dijangka akan menjadi salah satu album paling dinantikan bagi peminat K-pop.
Artikel Berkaitan: BINTANG K-POP DENGAN AURA FESYEN TERKUAT TAHUN 2025
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PILIHAN STYLISH IKMAL AMRY MERAIKAN SYAWAL
Semak gaya stylish Syawal Ikmal Amry bersama Tommy Hilfiger. Menyerlahkan gaya santai lebaran supaya kekal bergaya.
THE DRAMA KING: AMIR AHNAF
Amir Ahnaf berkongsi obsesinya terhadap seni, tanggungjawab membentuk landskap industri, dan bagaimana fesyen menjadi refleksi identiti.
TARUNG: UNFORGIVEN BAWAKAN BARISAN PELAKON HEBAT
Menghentak dunia perfileman tempatan dengan kuat, TARUNG: Unforgiven hadir dengan teaser yang menayangkan barisan pelakon hebat.
THE BODY SHOP RAI ULANG TAHUN GLOBAL KE-50 DENGAN SUMBANGAN
The Body Shop meraikan ulang tahun global mereka yang ke-50 tahun ini dengan menegaskan semula kepercayaan mereka terhadap sumbangan.
DANIAL HAZIQ, KONSISTENSI DAN KREATIVITI SEBAGAI CONTENT CREATOR
GLAM Lelaki tertarik dengan kandungan yang dikongsikan Danial Haziq melalui Instagram dan TikTok-nya. Ketahui serba sedikit mengenai Danial Haziq yang kini antara pencipta kandungan di Malaysia yang meraih perhatian.
5 TABIAT GROOMING YANG BUAT PENAMPILAN ANDA NAMPAK LEBIH MAHAL
Tabiat grooming yang betul boleh menaikkan aura gaya anda secara drastik. 5 cara mudah untuk kelihatan lebih mahal tanpa perlu boros.











