Skip to content

GL RAYA 2026: JANGKAAN WARNA BAJU RAYA GL TEAM TAHUN INI

GL RAYA 2026: JANGKAAN WARNA BAJU RAYA GL TEAM TAHUN INI

Kongsikan artikel ini

Sebelum menjelang bulan Syawal, GL Team telah membuat jangkaan tentang warna baju raya yang terkenal pada tahun ini.

Menjelang musim Raya 2026, perbincangan paling hangat dalam kalangan GL Team semestinya berkisar tentang satu perkara, warna rasmi Baju Raya tahun ini. Setiap ahli kreatif tampil dengan jangkaan tersendiri, mencerminkan personaliti, citarasa serta hala tuju estetika masing-masing. Berikut ialah lima warna yang dijangka bakal menjadi sebutan untuk Syawal tahun ini.

1. Teal Blue — Johan Kassim (Pengarah Kreatif)

Sebagai peneraju arah kreatif, Johan memilih Teal Blue, warna yang berada di antara biru dan hijau dengan tona yang kaya dan sofistikated. Warna ini memberi aura eksklusif, matang dan berkarakter. Dalam konteks Raya, Teal Blue membawa mesej keyakinan dan kepimpinan, serta lebih premium pada tahun ini. Terdapat sangat banyak pilihan baju raya dengan warna ini. Antara jenama yang menghasilkan baju berona Teal Blue pada tahun ini ialah Khatam, JannahNoe, Bulan Bintang dan Petit Moi.

Dari Kiri: Khatam, JannahNoe, Bulan Bintang, Petit Moi

2. Sage Green — Khairani Ramli (Pengarah Seni Kanan)

Sage Green pula menampilkan sisi lembut dan kontemporari. Warna ini sudah beberapa musim mendominasi trend fesyen kerana sifatnya yang tenang dan versatile. Ia mudah digayakan, tampak elegan dalam fotografi, dan sesuai untuk konsep raya yang refined serta understated, menjadikannya antara warna terkenal yang menjadi jangkaan tahun ini. Putih RTW, Jemels, Songket Dunia dan Poplook antara jenama yang meraikan tahun ini dengan rona Sage Green.

Dari Kiri: Putih RTW, Jemels, Songket Dunia, Poplook

3. Ash Blue — Hilman Hisham (Pereka Seni Kreatif)

Pilihan Ash Blue membawa pendekatan minimalis yang lebih moden. Dengan tona biru kelabu yang lembut, ia memberi rasa bersih, kemas dan sophisticated. Warna ini sangat sesuai untuk visual yang menekankan estetika kontemporari dan gaya effortless. Pilihan buat warna ini juga banyak, antaranya dari Jakel, Saoi, Omar Ali serta Bulan Bintang Sisters.

Dari Kiri: Jakel, Saoi, Omar Ali, Bulan Bintang Sisters

4. Matcha Strawberry (Hijau + Pink) — Batrisyia Faisal (Penulis)

Gabungan warna hijau dan pink menjadikan satu kombinasi unik, Matcha Strawberry. Gabungan warna ini turut diketengahkan sebagai warna utama raya 2026. Ia playful, segar dan penuh karakter. Bukan sekadar tentang warna dan rekaan, rona ini juga menjadi lebih menonjol dengan cara styling mix and match. Rona yang cukup terkenal sejak tahun 2025 ini turut menjadi jangkaan penulis GLAM Lelaki.

Dari Kiri: Wanzar, Harmika Studio, The Rimba, Qiszar

5. Dusty Pink — Shakif Md Noor (Penulis)

Dusty Pink tidak pernah lapuk dek zaman. Dengan tona pink yang lebih muted, ia memberi sentuhan romantik dan klasik yang sentiasa relevan setiap musim Raya. Warna ini mudah menarik hati ramai dan mempunyai nilai komersial yang stabil. Rona muted yang tidak terlalu terang menjadikan warna ini juga sesuai digayakan oleh lelaki. Yang penting, ia amat timeless dan jenama seperti Luban, Elrah Exclusive, Tiqa Co serta Qhiam hadir dengan rona ini.

Dari Kiri: Lubna, Elrah Exclusive, Tiqa Co, Qhiam

Jadi, adakah warna tema baju raya anda tahun ini berada di dalam jangkaan kami?

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SYAWAL, BUT MAKE IT YOU: STAIL SEMULA TRADISI DENGAN KREATIVITI

Bacaan Lanjut
6 JENAMA BAJU MELAYU RAYA 2026 PILIHAN GLAM LELAKI

6 JENAMA BAJU MELAYU RAYA 2026 PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
duta raya 2026

9 DUTA JENAMA KOLEKSI BAJU RAYA 2026, FATTAH AMIN, ZARIF GHAZZI & SIAPA LAGI?

Bacaan Lanjut