Malam 5 April menyaksikan golongan rebels hadir memenuhi ruangan Ex8 Subang Jaya untuk memeriahkan pesta dianjurkan oleh Coach dengan kolaborasi bersama GLAM dan GLAM Lelaki untuk ‘Rebel Youth Party.’ Barisan pemberontak fesyen yang hadir semalam tampil untuk berlibur sambil mengenakan stail-stail yang telah ditetapkan, iaitu hip hop, rock ‘n’ roll, dan punk. Tema ini juga diinspirasikan sendiri oleh koleksi S/S ‘17 Coach yang menerapkan elemen-elemen golongan muda yang inginkan kebebasan dan sedikit rebellious. Jom kita saksikan gambar-gambar di sekitar keraian itu kelmarin. (Klik gambar untuk imej lebih jelas)
GLAM Lelaki tidak ketinggalan menyoroti 10 looks inner-rebel youth terbaik yang benar-benar stand-out di mata kami pada malam GLAM X GLAM Lelaki Rebel Youth Party oleh COACH.
Bertempat di EX8 Subang Jaya, sebuah keraian meraikan simbiosis fesyen & muzik dalam satu pentas sama, iaitu Rebel Party Youth yang dibawakan khas oleh Coach.