GLAM LELAKI Promosi – Mei 2018
*klik tab di bawah untuk menyertai promo*
Gambar hanya untuk tujuan illustrasi sahaja
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Mei 2018
_________________________________________________________________
Menang!
12 x Set wangian dan penjagaan diri ROMANO bernilai RM5,526 kesemuanya

Lelaki moden hari ini sememangnya menjalani kehidupan yang penuh cabaran. Mereka mendambakan keistimewaan tersendiri dan mahu sentiasa berada di hadapan. Berketerampilan menarik dan merasai keselesaan adalah penting kepada lelaki bagi mengatasi cabaran dan menyerlah dalam setiap keadaan. Wangian maskulin yang unggul merupakan senjata tersembunyi bagi menyerlahkan keyakinan dan personaliti mereka. Kejayaan seterusnya diraih apabila mereka mengawal keadaan dan menikmati setiap fasa kehidupan sama ada dari aspek profesional, peribadi ataupun kehidupan sosial – mereka ialah Lelaki ROMANO.
ROMANO Eau De Toilette baharu untuk lelaki urban menyerlahkan nilai tersebut dengan haruman lelaki sebenar yang tersendiri. Ia bakal membuatkan wanita tertarik secara semula jadi dan menyedari kehadiran sang jejaka berhampiran mereka. Peranan utama wangian Romano adalah untuk memberi anda keyakinan diri untuk mencapai apa yang anda inginkan. Biarpun membentangkan usul kepada pelanggang penting mahupun temujanji pertama bersama si dia, Romano memberikan anda keyakinan diri pada tanggapan pertama. Kami mempunyai 6 varian dalam rangkaian Romano EDT; Force dan Unique adalah penambahan terbaru kami.
ROMANO EAU DE TOILETTE – FORCE
Mewakili lelaki unggul dengan tenaga hebat yang tersendiri bagi memimpin dan menyelesaikan segala perkara. Kejayaannya diperkatakan ramai tetapi kekal tenang dan bersahaja, serta sangat berpengaruh. FORCE menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semula jadi. Kesegarannya terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama bayangan lavender, yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak kayuan yang maskulin. Haruman segar dan suci ini direka untuk lelaki urban aktif yang gemarkan cabaran dan berjiwa bebas.
ROMANO EAU DE TOILETTE – UNIQUE
Untuk lelaki berkeyakinan tinggi ketika di kemuncak, berbekalkan potensi dan magnetisme berpanjangan. Sentiasa di hadapan dan kekal mendahului kehidupan. Tersendiri dan membuatkan orang sekeliling tertarik kepada keunikannya. UNIQUE menyerlahkan kesegaran adunan lavender dan bergamot. Wangian penutupnya disempurnakan ekstrak kayuan elegan dengan kombinasi cendana dan nilam. Wangian moden ini memancarkan magnetisme, keyakinan dan memberikan aura tersendiri kepada sang jejaka.
Click here if you have issue accessing the promo form above
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENAMPILAN SELEBRITI DI NEW YORK FASHION WEEK 2026
Biar apa pun generasi, dari Romeo Beckham hingga Kelly Rutherford, semuanya tampil penuh gaya di New York Fashion Week 2026.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
HIGH COUNCIL UNIVERSE: INI KRONOLOGI SEBENAR PROJEK: HIGH COUNCIL, KAHAR & KUDRAT 1968
KUDRAT 1968 bukan sekadar prekuel, ini adalah turutan tontonan untuk faham keseluruhan High Council Universe.
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
FENOMENA FILEM CHELOT: INI 7 WAJAH PELAKON YANG DIKENALI
Filem Chelot yang kini nombor satu di Malaysia hadir dengan barisan pelakon tempatan yang amat dikenali dengan bakat lakonan mereka.










