Skip to content

SYAWAL, BUT MAKE IT YOU: STAIL SEMULA TRADISI DENGAN KREATIVITI

Kongsikan artikel ini

Syawal bukan sekadar tentang sepasang Baju Melayu yang digosok rapi atau sampin yang dilipat sempurna. Memasuki tahun 2026, generasi baharu tidak lagi melihat tradisi sebagai peraturan yang membataskan. Sebaliknya, ia menjadi kanvas untuk ekspresi diri. 

Eksperimental Baju Melayu Klasik

Baju Melayu klasik masih menjadi teras, tetapi siluetnya kini lebih santai dan eksperimental. Potongan lurus digantikan dengan versi lebih relaks, bahu sedikit jatuh, labuh yang sengaja dipanjangkan. Dipadankan dengan but kulit atau loafers. Ia mencipta kontras yang segar antara formaliti dan kasual. Sampin pula tidak lagi sekadar dililit seperti gaya tradisional. Kini ia dilapis dengan tekstur berbeza namun ada yang ‘instant’ di pasaran untuk memudahkan lagi penggayaan di pagi Syawal. Kurta pula  kini sering dilihat dipadankan bersama seluar potongan ‘wide-leg’, menghasilkan siluet yang lebih kontemporari tanpa menanggalkan akar budayanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afifi Razi (@pipirazi)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIT WOO (@kitwoo)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BEHATI (@behati.my)

Alaf Baru Syawal 2026

Inilah alaf baru untuk berpakaian untuk Hari Raya. Hormati tradisi, tetapi jangan takut mentafsirnya semula. Generasi kreatif seperti pereka fesyen, selebriti, pempengaruh dan  pengarah visual memilih untuk menjadikan Syawal sebagai ruang eksperimen gaya. Mereka tidak lagi berpakaian untuk memenuhi ekspektasi korporat atau norma keluarga semata-mata. Tetapi untuk gaya dan naratif siapa diri mereka hari ini. Warna tidak lagi terhad pada pastel lembut. Rona bumi, hijau zaitun kusam atau coklat legap memberikan kedalaman yang lebih matang kepasa setiap koleksi. Aksesori seperti cincin perak minimal atau tas silang kecil menambah sentuhan peribadi tanpa mencuri fokus daripada busana utama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abushaefhamza (@abushaefhamza)

“Raya, but make it you” bukanlah satu slogan kosong. Ia adalah kenyataan bahawa tradisi tidak pernah statik. Seperti gaya, ia sentiasa berubah dan berkembang mengikut generasi yang memakainya. Syawal 2026 memberi kita peluang untuk meraikan bukan sahaja kemenangan selepas Ramadan, tetapi juga kebebasan untuk tampil sebagai versi diri yang paling jujur dan paling bergaya.

Artikel Berkaitan: 

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PRE-SPRING / FESTIVE 2026 KIT WOO TAFSIRAN BAHARU BUSANA RAYA OLEH KIT WOO

Bacaan Lanjut
6 JENAMA BAJU MELAYU RAYA 2026 PILIHAN GLAM LELAKI

6 JENAMA BAJU MELAYU RAYA 2026 PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
duta raya 2026

9 DUTA JENAMA KOLEKSI BAJU RAYA 2026, FATTAH AMIN, ZARIF GHAZZI & SIAPA LAGI?

Bacaan Lanjut

KOLEKSI RAYA 2026 UNTUK ANDA ‘LOOK FORWARD’ MULAI SEKARANG

Bacaan Lanjut
PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN

PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN

Bacaan Lanjut
pipi razi

5 STAIL OOTD PIPI RAZI YANG MENARIK PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut