Skip to content

HARUMAN PENENTU JODOH

Kongsikan artikel ini

Salah satu cara mengetahui ‘selera’ teman ialah melalui pewangi yang diberi pada dulang hantaran. Dari situ sedikit sebanyak memberitahu karakter bakal teman hidup rakan kita. Namun yang mana satu bisa jadi taruhan?

Ada banyak pilihan wangian di pasaran. Cukup sukar buat pilihan tetapi jika serasi, itulah wangian yang diulang beli dan sukar untuk ditukar ganti. Ramai yang membuat pilihan berdasarkan jenama terlebih dahulu kemudian aromanya kerana status punya kaitan dengan jenama besar itu. GLAM Lelaki senaraikan beberapa pilihan terbaru buat anda yang bakal buat persiapan perkahwinan atau ingin pilihan baru untuk dipertimbangkan.

 

AMOUAGE SUNSHINE MAN, 100ML. RM1,345

amouage-sunshine-man-3

Ilham daripada pergerakan gerhana oleh Christopher Chong, Pengarah Kreatif Amouage mencipta wangian aromatik yang diadun lavender, orange brandy dan juniper berry. Sentuhan dramatik dan kehangatan kacang tonka membawa efek semerbak. Jika lihat pewangi ini pada dulang hantaran, mungkin melambangkan karakter Timur Tengah kuat dalam diri.

VERSACE EROS POUR HOMME, 100ML. RM400

versace-eros_pour_homme

Cinta, sensual, elegan dan kehendak adalah kunci konsep pewangi ini. Kesempurnaan tubuh lelaki berdasarkan Eros, Tuhan Cinta dalam mitos Greek mampu menambat hati manusia untuk jatuh cinta kepadanya. Pemilik wangian ini seharusnya seorang yang sangat romantik.

Z ZEGNA EVERGY, 100ML. RM328

z-zegna-energy-bottle-visual

Anda berkarakter moden dan sentiasa ingin perubahan? Z Zegna Man Energy harus ada di dulang hantaran anda. Wangian Energy sambungan evolusi lelaki urban, di mana teknologi, sukan dan fesyen membantu mereka mencipta haruman signature. Kuat dengan bau lemon, Mandarin, sandalwood, vertiver, lavender, musk dan geranium cukup untuk halwa bau segar.

 

Teks: GL Editorial

Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

Bacaan Lanjut
5 'POSTING' INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM FITNESS

5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut
mew suppasit

MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN

Bacaan Lanjut
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS

TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut