5 KRIM PELEMBAP UNTUK ELAK KULIT KERING PADA MUSIM SEJUK
Memilih krim pelembap yang betul untuk musim sejuk amat penting untuk memastikan kulit kekal lembab dan sihat.
Cuaca sejuk sering menjadi punca utama kulit kering, mengelupas dan terasa tegang. Suhu rendah serta udara yang kering boleh melemahkan skin barrier, sekali gus menyebabkan kelembapan semula jadi kulit hilang dengan lebih cepat. Untuk mengekalkan kulit yang sihat, lembap dan selesa, pemilihan krim pelembap yang betul adalah sangat penting. Berikut ialah lima pilihan krim pelembap terbaik yang boleh membantu mengatasi masalah kulit kering pada musim sejuk bagi GLAM Lelaki.
#1 Paula’s Choice Pro-Collagen Peptide Plumping Moisturizer
Diformulasikan dengan peptida dan bahan penghidratan intensif, krim pelembab dari Paula’s Choice membantu melembapkan kulit secara mendalam. Ia juga menjadikan tekstur kulit lebih anjal dan licin. Teksturnya yang kaya sesuai digunakan ketika cuaca sejuk, terutamanya bagi kulit yang mudah kering dan dehidrasi. Walaupun teksturnya tebal, ia tidak melekit dan cukup selesa untuk digunakan sepanjang masa.

#2 Krave Beauty Oat So Simple Water Cream
Pilihan ideal untuk kulit sensitif, pelembap ini mengandungi oat yang berfungsi menenangkan kulit serta mengurangkan iritasi. Teksturnya ringan namun cukup berkesan untuk mengekalkan kelembapan, menjadikannya sesuai digunakan setiap hari walaupun dalam cuaca sejuk. Walaupun ianya water-based, krim pelembab ini masih cukup tebal dan boleh digunakan secara berlapis ketika berada dalam cuaca sejuk.

#3 Paloma 24/7 Face Hydrator
Direka secara tempatan untuk memberikan hidrasi berpanjangan, pelembap dari Paloma membantu memastikan kulit kekal lembap sepanjang hari. Formula yang ringkas tetapi efektif menjadikannya pilihan praktikal untuk semua jenis kulit yang memerlukan perlindungan daripada kekeringan. Pelembab ini juga sesuai digunakan sebagai produk anti-aging

#4 The Ordinary Natural Moisturizing Factors + HA
Krim pelembap ini adalah salah satu people’s favourite ketika musim sejuk kerana fokusnya pada bahan semula jadi yang terdapat dalam kulit sendiri — Natural Moisturizing Factors (NMF) dan Hyaluronic Acid (HA). Ia berfungsi mengekalkan kelembapan kulit secara semula jadi dengan menyokong skin barrier, sekaligus membantu kulit kekal lembap dan sihat. Produk ini sesuai untuk mereka yang mahu hidrasi maksimum tanpa bahan kimia kompleks atau berat pada kulit.

#5 Drunk Elephant Lala Retro Whipped Cream
Krim pelembap dari Drunk Elephant terkenal dengan tekstur whipped yang lembut dan mewah, sesuai buat musim sejuk. Ia mengandungi campuran enam minyak afrika yang kaya lipid untuk menguatkan skin barrier dan memberikan kelembapan maksimum. Sangat sesuai untuk kulit yang sangat kering atau dehidrasi, krim ini bukan sahaja melembapkan tetapi juga menenangkan kulit yang teriritasi akibat cuaca sejuk. Ia memberi kulit rasa lembut, licin dan lebih berseri tanpa meninggalkan rasa berminyak.

Pautan berkaitan: GROOMING CHECK PILIHAN EDITORIAL GLAM LELAKI: PENCUCI MUKA LELAKI TERBAIK
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KETAHUI 7 CARA UNTUK MENGATASI KULIT BERJERAWAT DAN SENSITIF UNTUK KAUM LELAKI
Masalah kulit berjerawat dan sensitif bukan hanya dialami oleh wanita, malah lelaki juga Ketahui tips atasi kulit berjerawat dan sensitif.
4 KRIM PELEMBAP MUKA LELAKI PALING ALPHA
Tekstur lebih mengagumkan, gabungan teknologi semakin canggih! 4 krim pelembap wajah ini hanya untuk lelaki Alpha.
RUTIN PENJAGAAN MALAM UNTUK KULIT SIHAT BERSERI
Rutin skincare pada waktu malam tidak kurang pentingnya demi mendapatkan kulit sihat berseri. Amalkan langkah yang tepat untuk hasil terbaik.








