Skip to content

5 PENCUKUR ELEKTRIK TERBAIK 2021

5 PENCUKUR ELEKTRIK TERBAIK 2021

Kongsikan artikel ini
1 of 6

Penyelamat di kala waktu genting! Jika anda seorang yang peka akan keterampilan diri dan kebersihan inilah masa sesuai untuk anda miliki mesin pencukur elektrik. Jimat masa dan cepat boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Sudah tentu menjaga kebersihan buat lelaki adalah satu rutin penting kerana secara umum lelaki tidak perlu memakai solekan. Jadi, kebersihan dan kesegaran diri adalah tunjang utama dalam rutin persiapan setiap lelaki. Tidak salah kiranya buat lelaki untuk menyimpan rambut yang panjang, rambut di bahagian muka, mahupun di seluruh bahagian badan. Menyimpan atau memotong rambut, ia benar-benar merupakan pilihan tersendiri. Walaupun begitu, ketika anda mula membaca artikel ini, kemungkinan besar dengan hajat untuk mengetahui tentang dandanan buat lelaki yang sentiasa perlu di kemas kini. Tahniah, anda berada di tempat yang betul! Jika berbicara tentang rambut lelaki, sudah tentu ada cara buat menjaga kebersihannya selain menggunakan syampu buat rambut, atau krim untuk bercukur.

Selain daripada syampu atau krim untuk bercukur, alatan untuk menjaga rambut juga penting di meja solekan mahupun di bilik mandi buat lelaki. Alatan seperti pencukur, alat pemangkas, sikat, dan lain-lain lagi mampu memberi keselesaan yang pantas dan penuh gaya. Walaupun sudah pasti ada hujah yang perlu diikuti ketika bercukur sendiri, hakikatnya pada hari ini, alat pencukur elektrik atau perapi yang ada di luar sana telah pun menjadi sebagai keperluan asas untuk menangani hampir setiap keperluan dandanan. Sama ada anda ingin cukur rambut di bahagian rahang wajah untuk kelihatan lebih sharp seperti Ed Westwick atau lebih dikenali sebagai Chuck Bass dalam siri popular “Gossip Girl”, mahupun kekal fresh dengan potongan rambut ala-ala botak seperti Michael B. Jordan.

Bolehkan alat pencukur buat janggut digunakan pada rambut di bahagian badan?

Tidak ada masalah, sekiranya menggunakan cara dan perapi yang mampu mengelak ancaman pada kulit. Namun begitu, kebersihan adalah kunci segalanya dan anda perlu mengambil berat terutamanya apabila menukar kawasan daripada bahagian bawah ke wajah, kerana banyak juga yang mempunyai kepala yang boleh diganti untuk prestasi dan kebersihan yang optimum. Penggunaan perapi atau krim untuk bercukur adalah penting untuk memastikan cukuran yang lebih rata dan meninggalkan kesan yang lembut.

Apakah kaedah terbaik untuk mencukur?

Semestinya memilih kawasan seperti di dalam bilik air adalah pilihan yang terbaik, tidak kira apa juga bahagian yang ingin di cukur. Bukan sahaja anda lebih mudah untuk membersihkan lebihan atau helaian rambut yang telah disingkarkan, malah anda boleh menjaga kebersihan dengan lebih sempurna dengan hanya beberapa langkah untuk berada di bawah pancutan air di bilik air. Membersihkan tubuh dengan sempurna dan pantas mampu mengurangkan atau mengelak kerengsaan pada kulit badan selepas bercukur. Selain itu, anda juga tidak disarankan untuk menggunakan krim pencukur dan perapi kalis air dalam masa yang sama untuk mengelak reaksi di atas kulit yang sensitif.

1 of 6

By Julia Azman
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

‘SARJAN SYUKUR’ BUKA PELUANG SYAFIQ KYLE TEMBUSI PERSADA GLOBAL

‘SARJAN SYUKUR’ BUKA PELUANG SYAFIQ KYLE TEMBUSI PERSADA GLOBAL

Bacaan Lanjut
SYAFIQ KYLE & MIMI LANA SELANGKAH KE JENJANG PELAMIN

SYAFIQ KYLE & MIMI LANA SELANGKAH KE JENJANG PELAMIN

Bacaan Lanjut

MALAM GEMILANG MONTBLANC FRAGRANCE X GLAM LELAKI ALPHAMEN

Bacaan Lanjut

#GL15TAHUN EVER SO COOL, SYAFIQ KYLE

Bacaan Lanjut
GL SEPT 2021: SYAFIQ KYLE

GL SEPT 2021: SYAFIQ KYLE, TENTANG SUKSES & SOLIDARITINYA DALAM DUNIA SENI

Bacaan Lanjut
RAHSIA DANDANAN RAMBUT PROFESIONAL DI RUMAH

RAHSIA DANDANAN RAMBUT PROFESIONAL DI RUMAH

Bacaan Lanjut