Skip to content

BRAD PITT PILIHAN TOM HOLLAND UNTUK PROJEK FILEM AKAN DATANG

BRAD PITT PILIHAN TOM HOLLAND UNTUK PROJEK FILEM AKAN DATANG

Kongsikan artikel ini

Bintang Spider-Man, Tom Holland merupakan peminat Brad Pitt dan beranggapan pelakon legenda itu adalah pilihan terbaik untuk memegang watak sebagai dirinya dalam projek filem terbaharu, jika idea itu menjadi kenyataan.

“Saya percaya dia akan memainkan peranan tersebut dengan baik sekali. Kami mempunyai jenis tubuh yang sama,” kata Holland menerusi wawancara bersama Headline.

“Dia sedikit tinggi daripada saya, tetapi tak mengapa. Oh ya, saya tidak berjenaka. Brad Pitt sudah berada di kemuncak kerjayanya sebagai bintang filem. Jika anda melihat kerjaya dan hasil usahanya… Maksud saya, dia nombor satu buat saya.”

Kedua-dua pelakon ini mempunyai perbezaan usia sebanyak 33 tahun dan memulakan kerjaya dalam dalam dekad berlainan – Pitt pada 80-an manakala Holland pula pada 2010. Namun, kedua-duanya berjaya mencapai status pelakon A-list.

Pitt mula bergelar pelakon setelah ditawarkan peranan kecil dalam rancangan televisyen dan filem, sebelum memegang watak utama dalan filem popular seperti Interview With the Vampires, Seven dan Fight Club.

 

Filem Fight Club. Foto: Fox 2000 Pictures

 

Dia memenangi dua anugerah Oscar dan satu Academy Award pada 2014 untuk 12 Years a Slave, yang diterbitkan oleh syarikat produksinya sendiri, Plan B Entertainment.

Kemenangan Oscar pertamanya adalah pada 2020 untuk watak sampingan sebagai Cliff Booth menerusi filem Once Upon a Time in Hollywood.

Sementara itu, Holland pula merupakan pelajar teater sebelum mencipta nama di Hollywood. Dia membuat kemunculan di layar perak menerusi filem The Impossible pada 2012 di samping nama-nama besar seperti Ewan McGregor dan Naomi Watts.

Perjalanan kerjayanya melonjak naik pada 2016 apabila ditawarkan membintangi watak komik popular, Peter Parker dalam filem Captain America: Civil War terbitan Marvel Cinematic Universe.

 

Captain America: Civil War. Foto: Disney/Marvel

 

Tahun yang sama, dia berlakon dalam The Lost City of Z yang diterbitkan oleh Plan B Entertainment milik Pitt.

Sejak itu Holland membintangi lebih banyak filem Marvel iaitu Avengers dan Spider-Man. Malah menurut Insider, sekuel ketiga Sepider-Man kini sedang dalam pembikinan dan bakal ditayangkan pada Disember 2021.

Terbaharu, dia tampil dalam filem Cherry dengan peranan yang lebih berat dan matang sebagai bekas tentera medik yang melakukan rompakan bank untuk menampung kos ketagihannya terhadap sejenis dadah, opioid.

 

Foto: Jordan Strauss/Invision/AP; Richard Shotwell/Invision/AP

 

Pautan berkaitan: TOM HOLLAND HILANG BERAT BADAN 14KG UNTUK FILEM TERBARU

 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

the weeknd KL

PERSONALITI YANG HADIR KE KONSERT AFTER HOURS TIL DAWN KL!

Bacaan Lanjut

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Bacaan Lanjut
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Bacaan Lanjut
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

Bacaan Lanjut