Skip to content

NIKE ZOOMX INVINCIBLE RUN, SELEKSI TEPAT KASUT SUKAN

Kongsikan artikel ini

SITUASI PANDEMIK TERNYATA MENGUBAH PERSPEKTIF GAYA HIDUP SEKARANG. NORMA BAHARU TELAH MEMBERIKAN RUANG DAN MASA YANG LEBIH UNTUK KITA MELAKUKAN AKTIVITI-AKTIVITI SIHAT. TEKNOLOGI YANG MEMAUT PADA NIKE ZOOMZ INVINCIBLE RUN BERUPAYA MEMBERIKAN FLEKSIBILITI DAN MANFAAT YANG SANGAT BAIK DALAM KECIRIAN KASUT SUKAN. PILIHAN TEPAT UNTUK MENYEMPURNAKAN AKTIVITI SIHAT KESUKAAN. 

Sisi positif yang terdapat dalam situasi pandemik, antaranya menawarkan masa yang lebih untuk melakukan pelbagai aktiviti sihat. Senario bekerja, ‘work from home’ menggalakkan kita untuk mengisi masa terluang dengan melakukan aktiviti sihat kesukaan. Bergantung kepada cara masing-masing.

Disebabkan perubahan gaya hidup, Nike perkenalkan kasut sukan Nike ZoomZ Invincible Run yang berupaya memberikan fleksibiliti dan pulangan elastik yang sangat baik. Reka bentuk kasut diteliti sepenuhnya agar mengikut kesesuaian bentuk kaki pemakai. Ketepatan tersebut membantu pergerakan, langsung meningkatkan kelancaran sewaktu berjalan atau berlari.

Penting bagi pemilik untuk memilih kasut yang sesuai mengikut saiz kerana kasut yang tepat akan membantu aktiviti sukan atau permainan berjalan lancar. Dan tak ramai yang tahu, manfaat tersebut adalah faktor terpenting sewaktu memilih kasut sukan.

‘Midsole’ kasut diperbuat Daripada pelapik Zoomx yang cukup responsif. Sistem yang terdapat pada pelapik itu, menggunakan banan elastik berganda dan padat, serta mengurangkan penggunaan tenaga. Satu lagi keunikkan kasut ini jika dibandingkan dengan kasut sukan yang lain.

nike

nike

Atlet pelari, Donavan Brazier mencuba sendiri keupayaan dan kehebataan rekaan Nike ZoomX Invincible Run

 

Teknologi hebat yang ditawarkan Nike ZoomZ Invincible Run merupakan inovasi yang hadir dengan kusyen memberikan keselesaan yang sangat baik kepada pemakai sewaktu menggunakannya.

Menurut Nike, himpunan ini direka khusus buat pelari jarak jauh. Kerana itu, siluetnya dilengkapi pelapik di dalam midsole yang lebih banyak. Hasilnya adalah struktur ‘midsole’ yang direka berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Ia juga terbukti yang mana membawa hasil yang lebih baik berbanding bentuk pelindung berlapis lain. Lalu meningkatkan prestasi kala melakukan aktiviti-aktiviti sihat, terutamanya berlari atau joging. Tambahan lagi, berdasarkan pemerhatian, semakin ramai yang melibatkan diri dalam aktiviti berlari yang mudah dilakukan di sekitar tempat tinggal. Satu gaya hidup baharu yang sangat baik.

Atlet pelari, Donavan Brazier antara individu yang telah mencuba sendiri keupayaan Nike ZoomZ Invincible Run sewaktu melakukan latihan berlari. Katanya, inovasi yang ditawarkan amatlah menakjubkan. Donavan rasa teruja dengan kelebihan yang terdapat pada kasut sukan Nike yang baharu ini.

 

Artikel berkaitan: THE ONITSUKA TIGER ATTITUDE PENUH KARAKTER

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG

BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG

Bacaan Lanjut
5 ITEM KOLABORASI PIALA DUNIA FIFA 2026 PILIHAN GLAM LELAKI

5 ITEM KOLABORASI PIALA DUNIA FIFA 2026 TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
5 JENAMA KASUT MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI MODEN SEPANJANG 2026

5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27

5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27

Bacaan Lanjut
MEN'S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN 'FRONT ROW'

MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut