Skip to content

5 TABIAT LELAKI WAJIB ELAK AGAR PENAMPILAN SENTIASA TERJAGA

5 TABIAT LELAKI WAJIB ELAK AGAR PENAMPILAN SENTIASA TERJAGA

Kongsikan artikel ini

Tabiat semula jadi adalah perbuatan antara sedar atau tidak, ia mengulang kembali perlakuan sama yang diingati otak.

Ia hadir dalam dua jenis, sama ada baik atau buruk. Ada kalanya ia sukar dirawat dan bergantung pada tahap keterujaan atau stres yang dialami.

Bagaimanapun apa yang perlu dirisaukan adalah tabiat buruk yang sukar dikawal, sehingga boleh menjejaskan penampilan diri terutama buat lelaki.

Ini tabiat semula jadi yang perlu anda elakkan bermula dari sekarang

 

1. MENGGIGIT KUKU

Tabiat menggigit kuku dan kulit di sekelilingnya atau lebih dikenali sebagai onychophagia adalah salah satu cara penghilang stres sama ada kerana terlalu teruja, takut, kebosanan atau sedang berfikir. Ia boleh menyebabkan tisu kulit di sekeliling kuku berdarah serta mengakibatkan jangkitan pada jari dan mulut.

Cara Merawat: Alihkan perhatian dengan melakukan perkara lain seperti melukis atau menggenggam bola stres.

 

2. MEMICIT JERAWAT

Foto: Pressfoto/Freepik

Walau sebesar mana pun cela pada wajah seperti jerawat atau bintik putih, jangan sesekali memicitnya. Ia boleh mengubah tekstur kulit dan menyebabkan luka serta jangkitan kuman, seterusnya meninggalkan parut.

Cara Merawat: Gunakan produk atau krim perawatan jerawat. Beri masa agar ia surut sendiri, jaga pemakanan dan amalkan cara hidup sihat dengan minum banyak air kosong serta amalkan makan buah-buahan.

 

3. MENGGIGIT BIBIR

Gemuruh boleh menyebabkan anda menggigit bibir tanpa sedar. Hal ini mengakibatkan kulit terkopek, justeru pendarahan dan luka berlaku.

Cara Rawatan: Sentiasa oles pelembap bibir bagi mengekalkan kesihatannya. Elakkan menjilat bibir kerana ia mendorong anda untuk menggigitnya.

 

4. MENARIK RAMBUT

Foto: KamranAydinov/Freepik

Trichotillomania adalah tabiat menarik rambut, malah turut memakannya dalam sesetengah kes lebih serius. Perlakuan ini secara berterusan boleh menyebabkan botak di kawasan-kawasan tertentu pada kulit kepala dan rambut tidak tumbuh semula.

Cara Rawatan: Tiada cara mudah untuk merawat tabiat nan satu ini kerana ia melibatkan masalah psikologi. Tutup kepala dengan topi atau apa sahaja yang akan menyukarkan anda untuk menyentuh rambut.

 

5. TIDAK MEMAKAI KRIM SPF

Cuaca siang di Malaysia yang sentiasa disinari cahaya matahari menyebabkan anda terdedah dengan lapisan ultra violet yang merosakkan kulit. Akibatnya tona kulit jadi tidak sekata dan merosakkan pelbagai sel, lebih teruk ia mengakibatkan kanser kulit. Mengambil mudah keperluan memakai krim tabir suria adalah tidak menyihatkan.

Cara Rawatan: Minum banyak air serta amalkan penggunaan krim yang dilengkapi SPF30 ke atas. Letakkan krim di tempat yang mudah dilihat supaya anda tidak terlupa memakainya.

 

Foto: Drobotdean/Freepik

Pautan berkaitan: PENYELESAIAN MUDAH KEPADA LIMA MASALAH KULIT LELAKI