Skip to content

5 TIP KEBERSIHAN LELAKI SEBELUM FIRST DATE

Kongsikan artikel ini

Kebersihan adalah sangat penting dalam persediaan untuk sebarang interaksi sosial. Kebersihan diri yang sewajarnya tidak hanya memastikan anda memberi kesan baik kepada first date lelaki, tetapi juga menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan.

Akhirnya, anda mendapatkan peluang untuk keluar dating dengan teman yang anda minati. Sebelum terlalu teruja, anda perlu membuat persediaan sepenuhnya untuk first date tersebut dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Jangan risau, GLAM Lelaki menyediakan beberapa tip untuk anda ikuti sebelum melangkah keluar ke first date nanti. Perlu ingat, kebersihan bukan sahaja akan memberikan kesan positif kepada perhubungan sosial, tetapi juga dapat menyumbang kepada tahap kesihatan dan kesejahteraan diri anda secara keseluruhan.

Berikut adalah 5 tip kebersihan lelaki sebelum janji first date nanti:

1. RANCANG OUTFIT ANDA

Pilihan seluar yang bersih, kemeja berbutang atas, dan kasut sniker yang lebih formal adalah kombinasi yang sesuai untuk makan malam yang lebih santai. Jika anda datang terus dari pejabat, pastikan anda mempunyai kemeja lengan panjang tambahan atau kemeja berbutang atas supaya anda tetap kelihatan kemas selepas seharian bekerja.

2. TRIM JAMBANG ATAU MISAI

Setiap lelaki pasti bangga akan adanya jambang atau misai yang akan membuat merasa lebih ‘jantan’ dan macho. Jangan risau, anda tidak perlu mencukur semuanya. Cukup dengan merapikan jambang atau misai anda supaya tidak terlalu lebat. Matlamatnya adalah untuk membuat garis rahang anda kelihatan lebih tegas dan menarik.

3. PASTIKAN RAMBUT ANDA MEMBERIKAN KESAN POSITIF

Wanita juga menghargai lelaki yang tahu menjaga penampilan fizikal mereka. Jadikan ia sebagai satu kebiasaan untuk berusaha meningkatkan penampilan anda. Tiada cara yang lebih baik untuk melakukan ini melainkan pergi ke kedai gunting rambut atau salon kegemaran anda untuk pemotongan pantas. Ini menunjukkan bahawa anda mempunyai segalanya dalam kawalan, dan memberi perhatian yang mencukupi kepada janji temu pertama anda dengan usaha yang diberikan.

4. POTONG KUKU ANDA

Pastikan hanya memendekkan dan membersihkan kuku anda. Wanita mengambil perhatian kepada butiran yang paling kecil, dan kuku yang terjaga dengan baik adalah salah satu perkara yang akan segera memberikan isyarat bahawa anda adalah jenis lelaki yang bersih dan memberi perhatian kepada penampilan.

5. BERSIHKAN MUKA DAN SEGARKAN NAFAS ANDA

Usai selepas pulang dari pejabat, lantas ke bilik air untuk mencuci muka dan memberus gigi. Tiada wanita yang mahu seorang lelaki yang muka kelihatan berminyak dan letih. Gigi yang bersih dan nafas yang segar adalah perkara yang wajib, sama ada anda akan berpeluang untuk menciumnya menjelang akhir malam atau tidak.

Menjaga kebersihan adalah perkara yang penting untuk dititi beratkan oleh lelaki. Ramai lelaki gagal dalam temu janji pertama kerana tidak menjaga kebersihan asas yang membuatkan ramai perempuan turn off. Memiliki rutin kebersihan yang penuh teliti akan membuatkan penampilan lelaki lebih maskulin. Gaya hidup anda juga akan berubah setelah mengikut tip yang kongsikan ini.

 

Artikel Berkaitan: 5 KESILAPAN GROOMING LELAKI YANG DISENGAJAKAN

 

By Ronald Henry
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut
rancangan baru september 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2023

Bacaan Lanjut
ALASAN LELAKI LEBIH SUKA JUAL MAHAL

ALASAN LELAKI LEBIH SUKA JUAL MAHAL?

Bacaan Lanjut
MITOS BAU BADAN MATTHEW MCCONAUGHEY AKHIRNYA TERBONGKAR

MITOS BAU BADAN MATTHEW MCCONAUGHEY AKHIRNYA TERBONGKAR

Bacaan Lanjut
SELEPAS ASHTON KUTCHER AKUI JARANG MANDI, DWAYNE JOHNSON PULA DEDAH RUTIN KEBERSIHAN DIRI

SELEPAS ASHTON KUTCHER AKUI JARANG MANDI, DWAYNE JOHNSON PULA DEDAH RUTIN KEBERSIHAN DIRI

Bacaan Lanjut
AHLI BTS, V DITUDUH TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN DIRI

AHLI BTS, V DITUDUH TIDAK PANDAI MENJAGA KEBERSIHAN DIRI

Bacaan Lanjut