Skip to content

6 PEMBERSIH WAJAH UNTUK KULIT LELAKI TAMPIL SIHAT

6 PEMBERSIH WAJAH UNTUK KULIT LELAKI TAMPIL SIHAT

Kongsikan artikel ini

Menggunakan pembersih wajah untuk kulit lelaki yang tepat dan mengandungi formula bersesuaian sangat penting dalam rutin penjagaan kulit.

Selain dari gaya fesyen, menjaga kulit wajah menjadi sebahagian dari perkara penting untuk lelaki agar tampil lebih segak. Walaupun ramai yang mengambil ringan hal penjagaan wajah lelaki, kini lebih ramai lelaki cuba untuk mengambil tahu tentang penjagaan wajah. Antara faktor utama untuk mempunyai penjagaan wajah yang bagus ialah debu dan kuman yang berada di sekeliling anda. Oleh itu, pembersih wajah untuk kulit lelaki memainkan peranan yang cukup penting dalam hal ini. Mencari pembersih wajah yang tepat dengan apa yang kulit anda perlukan ialah cara pertama yang patut diambil kira. Hari ini, GLAM Lelaki akan berkongsi enam pembersih wajah untuk kulit lelaki tampil sihat, yang menjadi pilihan kami.

#1 Kahf Brighteing Face Wash

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kahf Malaysia (@kahfeveryday.my)

Dilancarkan oleh syarikat Indonesia, PT Paragon Technology and Innovation, Kahf menjadi salah satu jenama penjagaan lelaki tempatan yang besar di Malaysia. Kahf Brightening Face Wash merupakan pencuci muka buat lelaki dengan formula lembut yang mampu membersih hingga ke dalam liang pori tanpa menanggalkan lembapan semula jadi kulit.

#2 Aesop Parsley Seed Facial Cleanser

PEMBERSIH WAJAH UNTUK KULIT LELAKI

Aesop memfokuskan kepada kualiti bahan semula jadi dan sintetik yang selamat serta berkesan. Aesop Parsley Seed Facial Cleanser dipenuhi dengan formulasi penjernih yang menyingkirkan kekotoran di permukaan kulit lelaki. Ia juga memberikan pengelupasan ringan melalui Asid Laktik. Sesuai untuk mengekalkan kulit yang bersih sempurna lebih-lebih lagi buat lelaki, terutamanya dalam persekitaran bandar yang tercemar.

#3 Goteskin Gentle Jelly Cleanser

PEMBERSIH WAJAH UNTUK KULIT LELAKI

Goteskin ialah rangkaian penjagaan kulit yang dibangunkan oleh jenama penjagaan badan Malaysia, Gote. Rangkaian Goteskin bertujuan untuk menyediakan penyelesaian penjagaan kulit yang berkesan dan mudah diakses oleh semua. Goteskin Gentle Jelly Cleanser merupakan pencuci muka lembut yang melembapkan dengan berkesan sambil menyingkirkan kekotoran. Formulasinya yang semulajadi juga menjadinya pencuci wajah ini sesuai untuk kulit lelaki dan wanita.

#4 Dior Sauvage The Cleanser

PEMBERSIH WAJAH UNTUK KULIT LELAKI

Cukup terkenal dengan wangian, rangkaian Sauvage dari Dior juga menghasilkan pembersih wajah untuk kulit lelaki. Rangkaian penjagaan kulit Sauvage memperoleh kekuatannya daripada inti kaktus, tumbuhan yang sangat berkuasa dan antara yang sedikit mampu bertahan di tengah padang pasir menjadikannya lebih efektif untuk kulit lelaki. Dior telah menghasilkan pencuci muka yang diformulasikan dengan 90%¹ bahan berasaskan semula jadi dan direka khas untuk kulit lelaki, yang lebih tebal dan menghasilkan lebih banyak sebum berbanding kulit wanita.

#5 Kiehl’s Men’s Facial Fuel Energizing Face Wash

Rangkaian penjagaan kulit dari Kiehl’s semestinya antara yang terbaik. Diformulasikan khas buat kulit lelaki, Kiehl’s Man Facial Fuel Energizing Face Wash yang menyegarkan untuk kulit lelaki membersihkan dengan berkesan kotoran, minyak dan sisa yang terkumpul. Diperkaya dengan Kafein, Mentol dan Vitamin E, pembersih wajah ini memberikan rasa segar dan bertenaga buat kulit lelaki.

#6 La Roche-Posay Effaclar Medicated Gel Cleanser

Pembersih wajah dari La Roche-Posay mengandungi 2% asid salisilik yang membantu menyingkirkan sel kulit mati di permukaan kulit serta di dalam liang pori. Bukah itu sahaja, malah ia juga mengandungi asid lipo-hidroksi, satu lagi bahan pengelupas tambahan. Gabungan kedua-dua bahan ini membantu merawat bintik hitam, bintik putih, dan jerawat, serta mengawal pengeluaran minyak buat kulit lelaki.

Pautan Berkaitan: MILIKI KULIT MULUS BAK ARTIS LELAKI KOREA DENGAN TIP PENJAGAAN INI

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MILIKI KULIT MULUS BAK ARTIS LELAKI KOREA DENGAN TIP PENJAGAAN INI

MILIKI KULIT MULUS BAK ARTIS LELAKI KOREA DENGAN TIP PENJAGAAN INI

Bacaan Lanjut

TIPS ERA BAHARU KULIT SIHAT

Bacaan Lanjut
8 TIP RUTIN PENJAGAAN KULIT KOREA BUAT LELAKI

8 TIP RUTIN PENJAGAAN KULIT KOREA BUAT LELAKI

Bacaan Lanjut
penjagaan kulit lelaki

5 TIP PENJAGAAN KULIT PENTING LELAKI MESTI IKUTI

Bacaan Lanjut

BRIGHT DEDAHKAN RAHSIA KULIT PUTIH LELAKI THAI

Bacaan Lanjut

MENGAPA RETINOL PERLU ADA DALAM RUTIN PENJAGAAN KULIT LELAKI?

Bacaan Lanjut