ALAT SULIT KERAS WAKTU PAGI. NORMAL ATAU SEBALIKNYA?
Adakah normal buat lelaki untuk mengalami alat sulit atau zakar yang keras ketika bangun dari tidur?
Buat para lelaki, ketegangan zakar adalah indikasi yang menunjukkan keupayaan anda dalam urusan seks. Namun, apabila zakar kerap mengeras di waktu pagi, adakah ia normal? Atau sebaliknya. GLAM Lelaki mahu berkongsi tentang fenomena yang sering dialami oleh lelaki ini.
Ya, ketegangan atau ereksi zakar di waktu pagi (atau dalam bahasa saintifiknya) dikenali sebagai Nocturnal Penile Tumescence (NPT). Ia adalah ketegangan zakar secara luar kawal apabila bangun pagi dan adakalanya berlaku pada waktu malam.

Yang pasti, semua lelaki pasti akan mengalami fenomena alat sulit keras ini. Dan ketahui lah, fenomena zakar mengeras waktu pagi bukanlah sesuatu penyakit tetapi ia merupakan petanda yang baik yang menandakan anda masih lagi mampu dan memiliki daya seksual yang sihat.
Lelaki normal mungkin mengalami beberapa kali ereksi luar kawal sewaktu tidur dan biasanya bertahan sehingga waktu bangun tidur. Ereksi ini berlaku ketika seseorang itu sedang tidur nyenyak iaitu pada fasa REM (Rapid Eye Movement).

Berdasarkan kajian dari Bancroft pada tahun 2005 dalam Journal of Endocrinology, ketegangan yang berlaku ketika tidur adalah disebabkan rangsangan saraf dari noradrenergic neuron yang dihentikan ketika seorang lelaki sedang tidur yang diaktifkan oleh hormon testerone.
Oleh itu, jika anda tidak mengalami ketegangan zakar, bawa-bawalah berubat ye!
Pemakanan dan diet juga memainkan peranan dalam keadaan kesihatan lelaki secara keseluruhan. Beberapa jenis makanan berpotensi untuk mempengaruhi kesihatan seksual lelaki secara umum. Makanan ini juga dapat memberikan kesan negatif terutamanya kepada kesihatan zakar dan ketegangan alat sulit anda pada waktu pagi. Apakah makanan yang lelaki perlu elak untuk mendapatkan stamina seksual yang bertenaga? Baca di sini.
Baca lebih lanjut: 10 FAKTA MENARIK TENTANG ZAKAR TIDAK SEMUA LELAKI TAHU
Oleh Wan Mohd Firdaus, 2 Ogos 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.










