COFFEE PRINCE AKHIRNYA MILIK FATTAH AMIN
Setelah beberapa bulan berspekulasi dan menimbulkan fenomena sehingga ada yang sanggup membuat petisyen membantah pemilihan pelakon untuk drama Coffee Prince, akhirnya Fattah Amin diumumkan secara rasmi memegang watak utama dalam remake Korea, Coffee Prince yang sebelum ini diungguli oleh Gong Yoo. Menerusi posting dari @officialhlive, Fattah Amin yang bakal bergandingan dengan Janna Nick akan memulakan pengambaran untuk drama ini bermula hari ini (2 Ogos 2017)

(Sumber foto: Majalah Eh!)
Jawab Fattah Amin dalam satu temubual talian ekslusif bersama EH!, jelas Fattah “Di dalam setiap yang saya lakukan, saya akan lakukan dengan hati dan tidak mencuba menjadi orang lain, merangkumi semua aspek termasuklah lakonan dan nyanyian, jadi saya berharap agar ia dapat diterima dan disambut baik oleh orang ramai. Walaupun jika bukan lakonan saya, saya berharap agar penonton masih menyokong industri kita”
Dan semalam, Fattah Amin ‘mengusik’ pengikutnya dengan memberikan sedikit hint tentang projek terbarunya ini, walaupun tidak jelas sama ada Fattah mengiya atau menidakkan.
Apa-apa pun tahniah buat Fattah Amin kerana bakatnya masih lagi menjadi mendapat perhatian. Dan diharapkan Fattah Amin dapat melakukan sehabis baik untuk projek terbaru arahan Michael Ang ini.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 2 Ogos 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 MUZIUM YANG PERLU DILAWATI SETIAP PEMINAT FESYEN
Dari kota New York ke Getaria di Sepanyol, lima muzium ini pasti menghidupkan fantasi peminat fesyen dalam memberikan penghormatan kepada karya agung pereka fesyen ikonik melalui pameran yang diadakan secara fizikal mahupun maya.
3 PROJEK KOLABORASI GLOBAL WALT DISNEY ASIA PASIFIK DAN HYBE
Platform gaya hidup hiburan Korea Selatan, HYBE dan laman penstriman Disney akan mempersembahkan rancangan-rancangan eksklusif termasuklah bersama ikon pop abad ke-21, BTS.
4 SOALAN BERSAMA BINTANG ‘MONEY HEIST: KOREA’, LEE HYUN-WOO
Pelakon dan penyanyi Korea Selatan, Lee Hyun-woo yang menggalas watak Rio berkongsi pengalaman membintangi siri adaptasi popular Netflix, “Money Heist: Korea – Joint Economic Area”.
NB FOR JADEN SMITH VISION RACERS, TARUHAN DUA WARNA EPIK
New Balance dan Jaden Smith bersatu untuk satu kolaborasi epik. Rekaan Vision Racers melengkapi gaya musim baharu.
ART IN MOTION: SNIKER IKONIK ASICS SPORTSTYLE BERSAMA ARTIS SENI ASIA TENGGARA
Asics Sportstyle mempersembahkan Art In Motion, koleksi kasut ikonik edisi terhad bersama tiga artis dari Asia Tenggara iaitu Kenji Chai, tobyato dan Irin Ariyatanaporn (Ann).
VISI KREATIF MARNI UNTUK UNIQLO
Koleksi UNIQLO dan MARNI akan dilancarkan pada penghujung Mei nanti. Kolaborasi pertama menghadirkan rekaan ringkas dengan injek warna penuh gaya.