TEMPAT SEMBURAN MINYAK WANGI PALING EFEKTIF
Menyentuh mengenai soal minyak wangi, pemilihan aroma dan bauan yang kena dengan personaliti dan selera sering kali jadi perhatian. Namun masalahnya, aroma tersebut seakan tidak kekal hingga ke akhir hari walaupun minyak wangi yang dibeli mahal dan berjenama. Apa sudah jadi? Yang pasti, arah semburan minyak wangi juga memainkan peranan penting agar bauan tersebut kekal lama, tetapi di mana?
Ya, ramai beranggapan lokasi di tubuh paling efektif untuk semburan minyak wangi adalah nadi, pergelangan tangan, tengkuk dan belakang telinga di mana darah di dalam badan mengalir. Anda percayakan mitos ini? Jika anda percaya anda silap. Berdasarkan laman sesawang fashionbeans, semburan minyak wangi kurang digalakkan di kawasan tersebut kerana pertama, haba mendorong dan mempercepatkan kitaran bauan tersebut, dan kedua kawasan-kawasan ini adalah yang paling terdedah kepada udara dan atas sebab itu bauan tersebut tidak dapat bertahan lama.
Habis itu, di manakah tempat semburan minyak wangi yang paling efektif? Salah satu tempat yang boleh anda cuba ialah di dada. Minyak wangi akan kekal lama kerana tiada banyak gerakan berlaku di kawasan ini. Selain itu, semburan di baju ternyata antara yang paling efektif. Ini kerana fabrik terbukti perangkap bauan terbaik untuk minyak wangi.
Namun, tip ini boleh dilakukan dengan syarat anda menggunakan minyak wangi dari jenis EDP. Jenis minyak wangi ini lebih pekat dan tahan dalam tempoh 4 – 7 jam.
Selamat mencuba!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 14 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID
Bayu, koleksi keempat oleh Uzair Shoid, terus menjadi bukti bahawa pereka fesyen dari Utara ini perlu diperhati.













