Skip to content

BENARKAH PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT MENGURANGKAN BILANGAN SPERMA?

BENARKAH PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT MENGURANGKAN BILANGAN SPERMA?

Kongsikan artikel ini

Telefon bimbit mungkin antara salah satu sebab mengapa kiraan sperma lelaki menurun secara mendadak sejak seabad lalu, menurut satu kajian.

Penemuan ini membimbangkan kerana kualiti air mani yang lemah — termasuk bilangan dan pergerakan sperma yang kurang, kurang keupayaan untuk bergerak pantas, serta morfologi sperma tidak normal atau saiz dan bentuk tidak sempurna — boleh merendahkan kesuburan lelaki.

Selama bertahun-tahun pakar sains membahaskan sama ada penggunaan telefon bimbit atau menyimpan peranti mudah alih dalam poket seluar boleh mengurangkan kualiti air mani atau menyebabkan ketidaksuburan.

Dalam kajian terbaru, penyelidik meneliti penggunaan telefon bimbit dan kualiti air mani di kalangan lebih 2,500 lelaki muda berusia antara 18 dan 22 tahun yang membuat penilaian kecergasan ketenteraan wajib di Switzerland. Kesemuanya menjalani ujian fizikal, memberi sampel air mani serta melengkapkan soal selidik tentang tabiat gaya hidup, sejarah kesihatan dan penggunaan telefon bimbit mereka.

Secara keseluruhan, lelaki yang menggunakan telefon bimbit lebih 20 kali sehari dilaporkan 21% lebih berkemungkinan mempunyai bilangan sperma rendah.

Foto: Freepik/Drazen Zigic

Persoalan Tentang Penggunaan Telefon Bimbit dan Kualiti Sperma

Walaupun penemuan ini menjelaskan mengapa bilangan sperma lelaki menurun, ia tidak membuktikan bahawa telefon bimbit menyebabkan masalah ini secara langsung. Juga tidak bermakna lelaki yang menggunakan telefon bimbit meletakkan risiko pada kesuburan mereka secara automatik, menurut Allan Pacey, MBE, PhD, profesor andrologi. Bagaimanapun dia tidak terlibat dalam kajian ini.

“Kajian itu menerangkan hubungan statistik antara penggunaan telefon bimbit dan kualiti air mani tetapi tidak membuktikan sebarang kaitan. Kajian lain pula membuat spekulasi bahawa sinaran elektromagnet dari telefon bimbit mungkin cukup untuk mengganggu pengeluaran sperma. Tetapi ada kemungkinan juga pengguna tegar telefon bimbit melakukan perkara lain dalam hidup mereka yang memberi kesan pada kualiti sperma,” kata Allan.

Bentuk dan Kelajuan Sperma Tidak Dipengaruhi Oleh Penggunaan Telefon Bimbit

Di sebalik kekurangan bukti sahih bahawa telefon bimbit mengurangkan kualiti air mani, hasil kajian juga mempunyai berita baik untuk lelaki. Para penyelidik tidak menemui kaitan antara penggunaan telefon bimbit dan dua aspek kualiti air mani yang boleh memberi kesan kepada kesuburan: Bentuk dan kelajuan sperma.

“Jika kaum lelaki bimbang, simpan saja telefon bimbit dalam beg dan hadkan penggunaannya. Tetapi tiada bukti melakukan perkara ini akan meningkatkan kualiti sperma. Jadi bagi saya sendiri, saya akan terus menyimpan telefon dalam poket seluar,” kata Allan.

Foto: Freepik/andranik.h90

Lelaki Tidak Perlu Bimbang, Kata Pakar

Imran Omar, MBBS, MD, pakar urologi bersetuju penemuan kajian ini tidak seharusnya menakutkan lelaki untuk mengubah tabiat telefon bimbit mereka.

“Walaupun terdapat penyelidikan berterusan mengenai kesan penggunaan telefon bimbit terhadap kesuburan, buktinya tidak dapat disimpulkan. Jika kesan buruknya ada, nampaknya ia agak sederhana. Lelaki tidak perlu terlalu bimbang tentang penggunaan telefon bimbit dan kesan ketaranya terhadap kesuburan,” katanya yang tidak terlibat dalam kajian itu.

Bagaimanapun jika masih bimbang, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil mengekalkan kesuburan. “Faktor gaya hidup seperti tidak aktif atau tabiat lain seperti merokok juga boleh mengurangkan kualiti air mani.

“Jadi penting untuk mengekalkan gaya hidup sihat dan menggunakan telefon bimbit secara sederhana. Ini kerana penggunaan berlebihan mungkin mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan yang memberi impak terhadap kesuburan,” tambahnya.

 

Foto: Freepik/gpointstudio

Pautan berkaitan: 6 PEMBUNUH SPERMA: BENAR ATAU MITOS?

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut
kesihatan kaki

5 TIP PENJAGAAN KAKI LELAKI UNTUK KEKAL SIHAT

Bacaan Lanjut
6 PEMBUNUH SPERMA: BENAR ATAU MITOS?

6 PEMBUNUH SPERMA: BENAR ATAU MITOS?

Bacaan Lanjut
3 SEBAB MENGAPA ANDA GAGAL CAPAI EREKSI & CARA ATASI

3 SEBAB MENGAPA LELAKI GAGAL CAPAI EREKSI & CARA ATASI

Bacaan Lanjut
EJAKULASI PRAMATANG: APA PERLU BUAT JIKA IA MENGHANTUI ANDA?

EJAKULASI PRAMATANG: APA PERLU BUAT JIKA IA MENGHANTUI ANDA?

Bacaan Lanjut
angin pasang lelaki

KENALI APA ITU ANGIN PASANG LELAKI & CARA MERAWAT BERKESAN

Bacaan Lanjut