BERANIKAH ARTIS LELAKI KITA MEWARNAKAN KUKU?
Lelaki tampil dengan warna atau seni merias kuku bukan sesuatu yang baharu, malah kini dianggap cool. Tapi beranikah artis lelaki kita menerokai stail sebegini?
Lelaki dengan kuku berwarna sebenarnya bukanlah satu gaya yang baharu walaupun ada sesetengahnya masih merasakan ia sesuatu yang sangat tabu buat lelaki. Ada yang beranggapan kuku berwarna itu lebih bersifat feminin. Namun kalau diselak-selak kembali foto-foto penyanyi lama, memang ramai yang mewarnakan kuku lebih-lebih lagi di kalangan bintang rock seperti David Bowie. Bowie yang sangat terkenal dengan imej adrogynous itu acap kali dilihat dengan kuku berwarna baik untuk persembahan pentas mahupun penggambaran majalah, lebih-lebih lagi di awal era Ziggy Stardust. Memang itu sudah jadi stailnya.
Kekasih terbaru Rihanna yang juga penyanyi rap, A$AP Rocky dalam satu temubualnya bersama majalah Vogue ada berkata, “Saya rasa lelaki seharusnya dibenarkan mewarnakan kuku tanpa rasa ia adalah sesuatu yang bersifat feminin.”
Trend lelaki mewarnakan kuku tampaknya kembali hidup sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ia bukan sahaja sudah jadi satu benda mesti ada dalam rejim grooming selebriti, malah ia sudah diserap masuk ke pentas fesyen. Nail art adalah satu gaya yang harus lelaki terokai, ia buat lelaki berasa cool.
Harry Styles antara bintang pop masa kini yang begitu selesa dengan gaya kuku berwarna. Saya fikir Harry Styles mungkin terinspirasi dengan gaya-gaya David Bowie (juga kelahiran United Kingdom) yang begitu senang dengan gaya-gaya seakan perempuan. Itulah yang cuba Harry Styles terapkan apda penampilannya. Gayanya selalu ada unsur feminin; dari renda, organza mahupun busana berpotongan feminin. Dan selalunya dia menyarung Gucci.
Lagi satu saya juga suka melihat vokal utama kumpulan LANY, Paul Klein. Dia membuat mewarnakan kuku itu nampak sangat cool dan relaks. Dia menjadikan mewarnakan kuku di kalangan lelaki itu bukan satu statement gaya yang keterlaluan, bukan sesuatu yang mahu ditonjolkan tetapi sebaliknya adalah satu gaya normal, sama seperti mana orang perempuan mewarnakan kuku.
Di kalangan selebriti Malaysia ketika ini, saya belum nampak ada penyanyi lelaki (di saluran mainstream) yang berani menghidupkan gaya ini. Mungkin masih belum berani berdepan dengan pandangan peminat atau netizen. Jika bijak dan berani mengambil risiko, saya rasa penyanyi seperti Hael Husaini, Yonnyboii, Zynakal, Sonaone atau Azlan Typewriter harus gunakan peluang yang ada ini untuk menghidupkan semula trend penyanyi lelaki dengan kuku berwarna. Noh (Hujan) orang saya rasakan tepat untuk mempopularkan trend ini kembali di sini. Dia boleh jadi trendsetter walaupun ia bukanlah sesuatu yang baharu.
Setengah mereka mungkin berani dan ada keinginan, tapi kadang-kadang pengurus atau syarikat rakaman yang tidak mahu memberi lampu hijau kepada mereka, risau dan terlalu memikirkan ‘carutan’ netizen. Jika tidak silap saya, dulu-dulu Amy Search sudah beberapa kali tampil mewarnakan kuku di persembahan pentas dan karpet merah, jadi saya fikir tiada alasan untuk artis lelaki kita mencuba.
Artikel Berkaitan: SLICK BACK HAIR HANGAT DI FENDI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PERCINTAAN HARRY STYLES & TAYLOR RUSSELL PUTUS DI TENGAH JALAN
Baru setahun bergelar pasangan kekasih, Harry Styles dan Taylor Russell dilaporkan telah pun membawa haluan masing-masing.
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG
Bukan semua lelaki sesuai berambut panjang. Ini antara selebriti tempatan dan antarabangsa yang tampak elok dengan imej sedemikian.
5 SELEBRITI LELAKI TANPA GAYA RAMBUT IKONIK MEREKA
Apabila lima selebriti ini muncul dengan gaya rambut berbeza, penampilan mereka hampir tidak dikenali sekali gus mengundang reaksi peminat.
SIAPA TAYLOR RUSSELL? INI FAKTA MENARIK TENTANG KEKASIH BAHARU HARRY STYLES
Selepas berpisah dengan Olivia Wilde dan digosip bercinta dengan Emily Ratajkowski, Harry Styles kini menjalin hubungan dengan jelitawan Taylor Russell.
FESYEN PALING KONTROVERSIAL HARRY STYLES DI KONSERT JELAJAH “LOVE ON TOUR”
Siapa sahaja tidak mengenali Harry Styles? Jejaka berusia 29 tahun ini memulakan kariernya dalam boyband One Direction, kini lebih selesa bergerak solo baru saja selesai konsert jelajahnya "Love On Tour" baru baru ini.
JUNGKOOK PECAH REKOD SPOTIFY MENERUSI LAGU SOLO PERTAMA, SEVEN
Ahli kumpulan BTS, Jungkook mencipta sejarah peribadi di Spotify sekali gus memecah rekod yang dipegang oleh Harry Styles.