Skip to content

BERANIKAN DIRI LALUI PENGALAMAN PERTAMA ‘BOYZILIAN’

BERANIKAN DIRI DENGAN ‘BOYZILIAN’

Kongsikan artikel ini

Hentikan mencukur pada bahagian sulit anda! Boyzilian adalah penyelamat anda dengan membersih secara menyeluruh. Ketahui kebaikan kenapa anda perlu lalui pengalaman pertama rawatan ini.

Kini, di setiap pusat pembuangan bulu sekitar ibu Kota sudah punya ruang khas untuk lelaki yang ingin membuat rawatan pelilinan atau waxing. Ianya adalah separa kekal. Jangan fikir rawatan ini terhad untuk wanita! Semakin bersih badan , semakin bernafsu wanita melihat anda!

Teringat adegan filem “The 40-years old Virgin,” ketika Andy Stitzer membuang bulu tebal di dada tetapi hanya separuh sahaja! Sakit tetapi dia tetap tahan demi mencari wanita idamannya.

Boyzilian ini pengalamannya sangat berbeza, kenapa anda wajib melaluinya?

Photo by Robin Gislain Shumbusho on Unsplash

Tidak perlu lagi bercukur dan tumbuh bulu pra-matang

Setiap kali, bercukup pasti kulit akan muncul bintik merah, sensitif dan gatal. Kajian mengatakan, dengan waxing anda akan berada diri lebih bersih, seksi dan bulu tumbuh nipis berbanding sebelumnya.

Tingkatkan keyakinan diri

Hanya tunggu selama 28 hari, badan bebas bulu nakal! Bergantung pada hormon badan. Lebih yakin dengan tubuh badan.

Jimat masa dan wang ringgit

Anda pasti setuju mencukur akan mengeluarkan kos dan masa setiap kali bulu tumbuh. Namun, dengan waxing semuanya boleh dijimatkan kerana bulu akan tumbuh lebih lambat berbanding kebiasaan.

Sentiasa bersiap sedia dengan percutian mengejut

Pernah tak anda bercuti tanpa perancangan awal? Waktu macam inilah anda tidak ada masa untuk berfikir mencantikkan diri dan buang apa yang patut. Rawatan ini dapat melambatkan proses pertumbuhan bulu pada permukaan kulit badan.

Artikel berkaitan 5 KELEBIHAN BERBULU DADA BUAT SEORANG LELAKI