REVERSO BURGUNDY LAMBANG UMUR PANJANG
Satu rekaan jam tangan Reverso berona merah burgundy bakal hinggap ke butik Jaeger-LeCoultre tahun 2021. Ia adalah satu koleksi terhad sebagai tanda sambutan 90 tahun Reverso diperkenalkan. Jaeger-LeCoultre sambut ulang tahun kepenuh bermakna ini dengan mengeluarkan jam tangan Reverso Tribute Duoface Fagliano. Jam tangan yang hanya ada 190 utas ini dihasilkan dalam rona merah bergundy bersama case emas mawar menawarkan simbol umur yang panjang. Sesuai dengan usia jam tangan yang sudah menjangkau 90 tahun.

Pertama kali diperkenalkam pada 1931, jam tangan Reverso adalah untuk memenuhi pemain sukan polo. Ia direka dalam rekaan yang lebih ringkas selari dengan trend era ketika itu yakni art-deco. Bekas jam tangan diberikan teknik tertutup untuk mengelak daripada calar ketika bermain sukan polo. Dan, sehingga kini ia masih digunakan dan menjadi rekaan yang ikonik buat dunia horologi. Jam edisi terhad ini juga memilih untuk menggunakan rona burgundy sebagai memperingati rona klasik sewaktu jam ini diperkenalkan dahulu.

Tali reka oleh Casa Fagliano, pembukan but sukan polo asal Argentina

Jam tangan Reverso rona Burgundy lambang panjang umur
Reverso Tribute Duoface Fagliano yang dipilih sebagai tanda ulang tahun Reverso pertama kali diperkenalkan pula pada 1994. Ia mempunyai dua zon waktu dunia yang direka atas permukaan yang kontra. Ia lebih lancar dengan teknik Calibre 854A/2 oleh artisan tukang jam Jaeger-LeCoultre. Jam tangan ini juga lebih ekskusif kerana talinya direka oleh Casa Fagliano. Ia adalah jenama asal Argentina yang khusus serta mahir dalam menghasilkan but buat sukan polo. Jam tangan Reverso burgundy ini hanya ada 190 utas di dalam dunia dan hanya boleh dimiliki di butik Jaeger-LeCoultre.
Pautan Berkenaan: KILANG ZENITH BERTUKAR JADI KANVAS SENI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.











