Skip to content

SELEBRITI LELAKI YANG TERSENARAI DALAM GUINNESS WORLD RECORD

Kongsikan artikel ini

Guinness World Record terkenal dengan senarai fakta paling menarik, paling ekstrem, juga paling pelik. Daripada pelari terpantas hingga ke kuku terpanjang, boleh dikatakan hampir semua aspek tersenarai. Jadi tidak hairanlah jika beberapa selebriti dan personaliti terkenal memegang beberapa rekod. Berikut antaranya…

Justin Bieber

Foto: Pratik Chorge/Hindustan Times via Getty

Bieber pernah memegang rekod saluran muzik paling banyak ditonton di YouTube, saluran muzik pertama yang mendapat tiga bilion tontonan (JustinBieberVEVO), dan artis solo termuda yang mendapat lima album nombor satu US.

Dia juga yang pertama memegang tiga kedudukan teratas di carta single UK secara serentak dengan lagu Love Yourself (No.1), Sorry (No.2), dan What Do You Mean? (No.3) pada 14 Januari 2016. Malah penyanyi sehebat The Beatles mahupun Elvis Presley tidak berjaya memegang rekod tersebut.

Penyanyi ini juga pernah memegang rekod dunia untuk video atas talian yang menerima paling banyak ‘dislike’ untuk lagunya, Baby. Namun rekod itu telah diambil alih oleh YouTube Rewind 2018.

 

BTS

Foto: Yoan Valat/AFP/Getty Images

Kumpulan paling popular, BTS merupakan yang pertama memegang kedudukan nombor satu dalam carta album US.

Kumpulan ini memegang rekod untuk video YouTube paling banyak ditonton dalam masa 24 jam untuk lagu Boy With Luv duet bersama Halsey, dengan 74,600,000 tontonan antara 12 hingga 13 April 2019.

Pada 2020, kumpulan ini memecahkan rekod sendiri dengan video Dynamite, yang menerima 101,000,000 tontonan pada 22 Ogos 2020.

Mereka juga memegang rekod untuk interaksi Twitter paling banyak bagi kumpulan muzik, dan yang terpantas mencapai satu juta pengikut di TikTok.

Eminem

eminem

Foto: Amy Harris/Invision/AP

Pada 2013, Eminem memegang rekod untuk perkataan paling banyak dalam lagu hit Rap God, iaitu 1,560 perkataan dalam enam minit empat saat. Dalam segmen satu minit empat saat, dia melontarkan 97 perkataan.

Dia juga memegang rekod album nombor satu US yang paling berjaya oleh artis solo dengan enam album.

Pharrell Williams

Foto: Alexander Tamago/Getty

Sepanjang 24 jam, lagu Happy memecah rekod untuk video muzik paling panjang. Lagu tersebut diputar secara berulang sebanyak 300 kali sambil barisan penari dan selebriti membuat persembahan dan lip-sync.

 

Cristiano Ronaldo

Foto: Antonio Calanni/AP

Bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo merupakan orang dengan pengikut paling ramai di Instagram (245 juta pengikut). Satu-satunya akaun yang mempunyai lebih ramai pengikut adalah Instagram sendiri.

Sebelum Ronaldo, Selena memegang takhta ini selama beberapa tahun.

Vin Diesel

Foto: Universal Pictures

Bintang Fast and Furious ini berkongsi penghormatan di Facebook atas kematian pelakon gandingan yang juga sahabat karibnya, Paul Walker pada November 2013.

Penghormatan yang menyentuh hati itu mendapat tanda ‘like’ paling banyak di Facebook, dengan lebih tujuh juta reaksi.

 

Jackie Chan

Foto: Kiyoshi Ota / Getty Images

Pelakon, penerbit dan koordinator lagak ngeri ini memegang rekod untuk aksi lagak ngeri paling banyak dimainkan oleh aktor sejak 2012.

Dia muncul dalam lebih 100 filem sejak 1972 dan mendapat banyak kecederaan dalam tempoh tersebut termasuk patah hidung, tulang pipi dan tengkorak. Dia juga memegang rekod untuk kreidt paling banyak oleh orang yang sama dalam satu filem untuk CZ12.

Martin Scorsese

Foto: Kevin Winter/Getty Images

Pengarah Hollywood terkenal, Martin Scorsese memegang rekod untuk pencalonan Oscar paling banyak oleh seorang pengarah. Dia meraih gelaran ini pada Academy Awards 2020 di mana dia dicalonkan buat kali kesembilan untuk filem arahannya, The Irishman.

RuPaul

Foto: Dan MacMedan/Getty Images

Sehingga 20 September 2020, RuPaul mempunyai kemenangan Emmy paling banyak sebagai pengacara untuk program realiti mahupun pertandingan. Selebriti ini telah memenangi anugerah tersebut sebanyak lima kali untuk rancangannya, RuPaul’s Drag Race.

 

Foto: Getty Images

 

Pautan berkaitan: BEBAS COVID, NAMUN LEWIS HAMILTON GAGAL REBUT GELARAN JUARA

 

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
Louis Vuitton Men

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN LOUIS VUITTON MEN FALL WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
must watch December 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2023

Bacaan Lanjut

LIVESTREAM LOUIS VUITTON PRE-FALL 2024 MEN DI SINI – GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut