KRU FILEM LANGGAR PROTOKOL COVID, TOM CRUISE NAIK ANGIN
Oktober lalu, penggambaran filem Mission Impossible 7 terpaksa ditangguhkan selepas 12 orang di lokasi penggambaran di Itali disahkan positif Covid.
Dan nampaknya Tom Cruise takkan membiarkan kejadian sama berulang lagi! Baru dua minggu penggambaran di United Kingdom bermula, kru filem dijerkah oleh Cruise gara-gara tidak menjaga penjarakan sosial.
Dalam satu rakaman audio yang diperolehi akhbar The Sun, Cruise didapati memarahi dua kru kerana berada kurang daripada dua meter antara satu sama lain. Menurut TMZ, dia berhadapan dengan tekanan daripada Hollywood dan mahu memastikan seluruh produksi filem mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan untuk mengelak jangkitan Covid.
“Kita berada di standard teratas. Mereka kembali membuat filem di Hollywood sekarang ini disebabkan kita. Kerana mereka mempercayai kita dan apa yang kita lakukan. Setiap malam saya bercakap di telefon dengan pihak studio, syaikat insurans, penerbit, dan mereka berharap pada kita untuk hasilkan filem mereka. Kita membuka peluang kepada beribu pekerjaan. Saya tak mahu melihat kejadian sama berulang lagi. Tidak sama sekali!”
Sambungnya lagi, “Jelas? Anda faham apa yang saya mahukan? Anda faham tanggungjawab yang saya pikul? Kerana saya yang kena berdepan dengan alasan anda, dan jika anda tidak bersikap wajar dan saya tidak boleh faham logik anda, anda akan dipecat.”
Mission: Impossible 7 diarahkan oleh Christopher McQuarrie dan dijadualkan untuk tayangan pada 19 November 2021.
Foto: Idulgexpress.com
Pautan berkaitan: SHIA LABEOUF DISAMAN BEKAS KEKASIH, DITUDUH MENDERA SECARA SEKSUAL DAN EMOSI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SEBAB KOLEKSI MUSIM BUNGA 2023 UNIQLO U ADALAH KOLEKSI ASAS TERBAIK.
Koleksi UNIQLO U yang terbaru mengilhami tema ‘A Sense of Ease’, mewujudkan tampilan sederhana yang moden.
CAI XUKUN, BINTANG ASIA SAMBUT TAHUN BARU LUNAR BERSAMA PRADA
Bintang terkemuka Asia terpilih menghiasi kempen Prada dedikasi Tahun Baru Lunar 2023.
KEMBARA STYLISH DENGAN “LOGO MOSCHINO”
Menyambut musim liburan, Moschino hadirkan koleksi kapsul penuh gaya “LOGO MOSCHINO”. Semak lima gaya pilihan GLAM Lelaki.
TAN SRI MICHELLE YEOH TERCALON, TOM CRUISE DIKETEPIKAN ANUGERAH GOLDEN GLOBES 2023
Anugerah Golden Globes 2023 bakal membuat kemunculan semula dengan menyaksikan Tan Sri Michelle Yeoh menepati ramalan menerima nominasi Pelakon Filem Wanita Terbaik - Komedi/Muzikal.
5 BEG LELAKI MESTI MILIKI SEBELUM TIBA TAHUN BARU
Kita bakal mengucapkan selamat tinggal 2022. Semak lima cadangan beg baru untuk penampilan akhir tahun.
TOD’S X 8 MONCLER PALM ANGELS, KOLABORASI FESYEN YANG BIJAK
Infusi peribadi dinamis tersemat pada dua sepatu ikonik Tod’s-Gommino dan W.G hasil kolaborasi bersama Palm Angels for Moncler Genius.