UNIQLO DA SQUARE, DESTINASI FESYEN BAHARU
SESUATU YANG BARU MENANTI KITA SEMUA. UNIQLO DA SQUARE, GEDUNG KONSEP PINGGIR JALAN PERTAMA DI MALAYSIA, BERLOKASIKAN DI BANDAR SRI DAMANSARA TELAH DIBUKA BUAT KUNJUNGAN RAMAI. MENAWARKAN KOLEKSI LENGKAP LELAKI, WANITA DAN KANAK-KANAK, TERMASUK BARANGAN RUMAH. GET READY!
UNIQLO DA Square, memperkenalkan stor konsep baharu dan unik bermula esok, 18 Disember 2020, jam 10 pagi. Stor konsep pingis jalan, berlokasi di Damansara Avenue, Bandar Sri Damansara, akan mengadakan tawaran harga istimewa untuk item tertentu sewaktu meraikan pembukaannya pada tiga hari pertama. Pun begitu, pelanggan dinasihatkan untuk mengamalkan SOP bagi menjaga kawalan kendiri akibat pandemik Covid-19.
Bermula 18 sehingga 20 Disember, 500 pelanggan pertama yang melangkah masuk stor akan menerima beg hadiah. Dan setiap pelanggan yang membuat pembelian RM200 atau lebih dalam satu resit akan menerima beg tote istimewa UNIQLO U.
Stor selas 15,100 kaki per segi ini, direka dengan ketelitian untuk memastikan ruang yang luas, mencukupi dan menjamin keselesaan buat pelanggan untuk datang membeli-belah. Kecirian sebegini amat penting khusunya keluarga serta anak-anak, warga emas dan orang kurang upaya rasa selesa dan terjamin sewaktu berkunjung ke UNIQLO DA Square. Stor ini adalah untuk semua!
Bezanya stor ini dengan cawangan UNIQLO yang lain ialah, terdapat barangan rumah UNIQLO yang boleh didapati disini. Baru-baru ini, UNIQLO ada melancarkan rangkaian cadar, selimut dan sarung bantal AIRism. Berkualiti tinggi dan menawarkan rangkaian warna asas, seperti putih, kebabu dan hitam. Khusus penggemar trend minimal kala menata rias kamar tidur.
Selain itu, kaunter UT dan UTMe juga ditempatkan di belakang stor. Turut disertakan rak-rak yang mempamerkan rekaan UT dan UTMe terbaharu. Memudahkan pelanggan untuk memilih rekaan kemeja T UT dan UTMe mengikut pilihan mereka.
Koleksi lengkap pakaian dan aksesori lelaki, wanita, kanak-kanak dan bayi boleh didapati disini. Segala keperluan fesyen boleh dimiliki segera dengan berkunjung ke UNIQLO DA Square.





Artikel berkaitan: MALAYSIA POLO EDISI TERHAD EKSKLUSIF DI BUTIK HACKETT LONDON
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.











