BERSYAMPU LANGKAH PERTAMA ELAK RAMBUT BOTAK
Usia akan terus meningkat, unsur penuaan akan menampakkan tanda. Apa yang paling digusarkan oleh lelaki dalam hal penuaan? Mesti ada yang fikir yang paling dirisaukan lelaki adalah tentang kedut-kedut di muka tapi sebenarnya ramai lelaki yang bimbang tentang rambut mereka. Hairline yang semakin ke atas, atau rambut mula gugur atau botak di tengah-tengah kepala antara tanda awal yang membuatkan lelaki bimbang. Tetapi hal-hal ini ada kaitannya dengan cara kita menjaga rambut.
Saya pernah berambut panjang, dan saya sedar pabila berambut panjang rambut saya banyak gugur. Orang kata itu normal bila kita berambut panjang. Tapi satu habit saya dulu ialah saya suka mengikat rambut dengan ketak membuatkan hairline saya membentuk huruf ‘M’, hairline di bahagian kiri dan kanan semakin tinggi. Rambut di bahagian ‘crown’ kepala juga nipis dek ikatan yang sangat kuat. Hal ini menjadi faktor mengapa saya membuat keputusan untuk memotong rambut pendek.
Lagi satu, masalah rambut gugur juga ada kaitan dengan cara kita menjaga rambut. Hal paling penting ialah cara kita membersihkan rambut. Perlu bersyampu dengan betul. Jika kita memakai produk penggayaan rambut seperti gel, wax atau semburan rambut, wajib untuk kita bersyampu setiap hari. Pastikan kulit kepala dibersihkan betul-betul. Usah sampai liang rambut tersumbat lantas menyekat pertumbuhan rambut. Di sini saya bariskan lima syampu rambut yang bagus untuk kulit kepala dan rambut anda.

Kiehl’s Olive Fruit Oil Nourishing Shampoo, RM85
Semua orang tahu manfaat minyak zaitun dalam kecantikan. Selain baik untuk kulit ia juga bagus untuk rambut. Syampu dari Kiehl’s ini turut dimewahkan manfaatnya dengan minyak avokado dan ekstrak lemon yang membantu mengembalikan rupa rambut yang sihat dan bersinar. Ia bagus untuk rambut yang selalu didandan menggunakan alatan rambut panas seperti pengering rambut, alat pelurus atau yang terdedah dengan cahaya matahari.

Sachajuan Scalp Shampoo, RM89
Syampu ini menggunakan ocean silk technology yang membantu mengekalkan keseimbangan lembapan rambut hasil adunan minyak rosemary dan elemen menthol yang membuat kulit kepala berasa nyaman. Kulit kepala yang tidak dibersihkan betul-betul akan mempunyai masalah kelemumur dan kegatalan. Syampu ini bagus jika anda ada dua masalah itu.
Baca: Rahsia rambut lebih tebal

Malin+Goetz Peppermint Shampoo, RM139
Bayangkan buih-buih syampu dengan efek dingin peppermint, oh seronok dan asyiknya mencuci rambut. Syampu ini mengandungi bahan pencuci yang berasaskan asid amino yang membuatkan kulit kepala berasa bersih dan segar tanpa menyingkirkan keperluan asas rambut seperti minyak semula jadi pada rambut.

Aesop Calming Shampoo
Jika ada yang tidak tahu, produk pertama Aesop ialah syampu. Jadi, biarpun terkenal dengan produk penjagaan kulit, mereka sebenarnya juga pakar dalam hal penjagaan rambut.Ia menggunakan bahan botani yang membersih dan menyegarkan hasil adunan aroma pudina, camphorous dan herbaceous. Manfaat syampu ini datang daripada daun sage, chamomile dan salap lemon.

Jack Black True Volume Thickening Shampoo, RM104
Diiktiraf sebagai syampu untuk lelaki nombor satu di Amerika Syarikat, syampu ini bebas sulfat dan bertindak menyingkirkan minyak, kotoran dan dalam masa yang sama membuatkan rambut tampak lebat. Syampu ini juga bermanfaat pada folikel rambut.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENARAI INFLUENCER LELAKI YANG MENGINSPIRASIKAN SEMPENA HARI LELAKI SEDUNIA
Enam nama ini wajar diberi perhatian kerana mereka membawa impak tersendiri kepada komuniti. Ketahui influencer lelaki yang menginspirasikan.
7 TABIAT LELAKI MODEN UNTUK HIDUP LEBIH SIHAT MASA KINI
Ketahui 7 tabiat penting yang diamalkan lelaki moden untuk hidup lebih sihat, seimbang dan penuh kesedaran diri Sempena Hari Lelaki Sedunia.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
6 CARA PENGGAYAAN UNTUK LELAKI YANG MAHU TAMPIL LEBIH ‘SOFISTIKATED’
Gaya lelaki sofistikated bermula dengan disiplin dan perincian kecil. Ini panduan GLAM Lelaki untuk penampilan matang dan berkarisma.
OSKAR LEE, SEIMBANG ANTARA SUKAN DAN STAIL. “SAYA MEMANG AKTIF SUKAN SEJAK KECIL.”
"Gaya saya banyak berubah. Era “hypebeast streetwear” dulu sudah berakhir, kini berkembang menjadi sesuatu yang lebih matang," Oskar Lee.
GL THE MAN AWARDS 2025, “MAN OF INFLUENCE”-HAN PIN
Han Pin terus menginspirasi generasi lelaki moden dengan visi, gaya dan kepimpinan yang luar biasa. Ini baru permulaan padanya.











