VOLUM RAMBUT LEBIH TEBAL? INI RAHSIANYA…
Pada zaman kini, lelaki sudah mula mengalihkan perhatian bukan saja dalam aspek kesihatan rambut, namun dari segi pengayaan. Dan kini, rambut volume tebal menjadi satu kegilaan buat lelaki, namun tidak semua yang sanggup ke salun untuk melakukan perawatan rambut dek kekangan masa dan bajet.

Namun anda tidak perlu khuatir. Yang pasti, ada satu tip perawatan yang boleh menjadikan rambut anda lebih kuat, beralun dan tebal. Menuurt Boswell Scot, pemilik salun Best Barber di New York, AS, ramai lelaki tidak mengetahui bahawa deep conditioner mampu mengubah penampilan rambut mereka menjadi lebih tebal dan seterusnya sihat dan mempersonakan.
“Perapi mampu memperbaiki setiap helaian rambut kering sehingga meningkatkan kualiti rambut anda,” jelas Scot lagi.

Namun isunya sekarang kebanyakan lelaki enggan dan malas menggunakan conditioner atau perapi rambut kerana ia meningalkan rasa melekit pada tangan ketika menggunakannya. Yang pasti, manfaat perapi rambut ini sangat penting untuk lelaki agar rambut tebal dan lebih mudah digayakan.
Scot menyarankan lelaki untuk melakukan deep conditioning sekali seminggu. Namun, pastikan kulit kepala anda tidak terkena. Selepas mengaplikasikan perapi rambut, biarkan rambut selama 10 hingga 15 minit. Akhir sekali, bilas dengan air hingga bersih.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN
Bagi meraikan watak Zahra dalam Chelot, GLAM Lelaki menampilkan lima penampilan rambut terbaik oleh Alicia Amin.
BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.











