CHRIS HEMSWORTH TERUS JADI PILIHAN HUGO BOSS
Bintang filem Thor, Chris Hemsworth memanjangkan kontraknya sebagai wajah kempen haruman Hugo Boss. Terbaru Hugo Boss memperkenalkan edisi Eau de parfum untuk haruman ikoniknya, Boss Bottled.
Pemilihan aKtor kelahiran Australia ini berpadanan dengan imej haruman ini yang mahukan seorang yang versatil dalam kehidupan hari ini. Chris dilihat sebagai individu yang mementingkan nilai kekeluargaan, punya imej sosial yang baik juga hubungan yang terjalin romantik dengan isterinya termasuklah kerja amalnya yang banyak berkisar tentang hal alam sekitar.

“Saya mahu kekal menjadi diri sendiri dan tidak akan biarkan orang lain yang menjadi penentu kejayaan saya,” jelasnya.
Seiring dengan aroma yang lebih ‘keras’, kempen minyak wangi ini juga tampil lebih bold dan membawakan tagline ‘Be Your Own Man’. Video kempen ini dirakamkan di kota New York oleh James Gray dan untuk fotonya pula direalisasikan oleh Craig McDean.
Baca: Chris Hemsworth lancar aplikasi kesihatan sendiri
Boss Bottled versi EDP ini dihangatkan dengan esen lada hitam yang membuat baunya lebih menonjol dan dicampur dengan minyak kayu manis dan diramu mesra dengan vetiver, cukup maskulin.

Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN
Bagi meraikan watak Zahra dalam Chelot, GLAM Lelaki menampilkan lima penampilan rambut terbaik oleh Alicia Amin.
BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.











