Skip to content

COS PERFUMERY, EAU DE PARFUM TERBAHARU DENGAN AROMA UNISEKS

Kongsikan artikel ini

KAJIAN MENGATAKAN TERDAPAT KENAIKAN SEBANYAK 40 PERATUS PADA AROMA UNISEX YANG DIPERKENALKAN KEBELAKANGAN INI. COS MENGAMBIL KESEMPATAN INI, MELANCARKAN RANGKAIAN PEWANGI BUAT LELAKI YANG MAHU MENAMBAH PRODUK GROOMING PERIBADI. 

COS, jenama fesyen kontemporari dari London, kini meluaskan sayap ke dunia wangi dengan mempersembahkan COS Perfumery, debut rangkaian Eau de Parfum dan lilin aroma khas. Dicipta di Grasse, Perancis, sebuah pusat tradisi parfum mewah dunia dengan menampilkan empat aroma uniseks yang ringkas tetapi elegan. 

COS perfume

EMPAT PEWANGI COS PILIHAN GLAM LELAKI

  1. AUBURN
    Gandingan nota vanila gelap, kayu, kardamom dan kopi mencipta suasana hangat dan mendalam; diibaratkan “smouldering flames” yang menawan.
  2. MYTHE
    Hasil campuran halia segar, kardamom hijau dan vetiver mewujudkan aroma yang kompleks, bersahaja dan penuh kesegaran.
  3. FLEURISTE
    Menyerupai suasana semerbak di kedai bunga. Gabungan bergamot, mandarin, mawar, magnolia, peony dan musk untuk sensasi segar dan feminin.
  4. SOLAIRE
    Aroma amber mineral yang hangat dengan rempah seperti olibanum. Hasilnya adalah aroma bold yang sensual. 

Rekaan & Saiz

Hadir dalam saiz botol 100 ml dan edisi saiz kembara 15 ml, turut datang dalam set ‘discovery’ yang membolehkan anda mencampur lapisan aroma mengikut mood dan citarasa masing-masing. Rekaannya minimalis dan mematuhi gaya identiti COS yang bersih serta moden.

Kualiti Formulasi

Kesemua wangian ini mengandungi 20 peratus minyak wangi untuk ketahanan yang lebih lama, serta diperbuat daripada bahan semula jadi yang dipilih teliti oleh perumus terkenal seperti Sophie Labbé, Nathalie Lorson dan Llias Ermenidis. 

COS Perfumery memperkenalkan aroma yang ringkas namun berprofil tinggi—dari nuansa hangat dan berdalam seperti Auburn, kepada haruman bunga manis dalam Fleuriste, serta pilihan segar dan amber dalam Mythe dan Solaire. Ideal untuk pencinta wangi yang menghargai estetika minimal, kualiti yang tahan lama, dan keselesaan penggunaan harian. Sememangnya, koleksi debut ini melengkapkan penampilan dan gaya hidup si pemakai dengan sentuhan mewah yang tak berlebihan.

Artikel berkaitan: NICHE PERFUME TERBAIK UNTUK LELAKI 2025: BAU EKSKLUSIF & FRESH

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

2026 GROOMING UPGRADE: ERA KULIT SIHAT & TERSUSUN BUAT LELAKI

2026 GROOMING UPGRADE: ERA KULIT SIHAT & TERSUSUN BUAT LELAKI

Bacaan Lanjut
james jirayu

JAMES JIRAYU: BINTANG THAILAND YANG TERUS MENAWAN ASIA, KINI MEMASUKI FASA KEHIDUPAN BAHARU

Bacaan Lanjut
hakim parker

HAKIM PARKER, “JANGAN BERHARAP UNTUK “NASIB BAIK” TANPA USAHA YANG SEBENAR.”

Bacaan Lanjut

HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”

Bacaan Lanjut
SET WANGIAN MUSIM PERCUTIAN BUAT LELAKI

SET WANGIAN MUSIM PERCUTIAN BUAT LELAKI

Bacaan Lanjut
mierul aiman glam lelaki

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut