DEBUT HOMME, PENJAGAAN DIRI LELAKI ILHAM PENGUSAHA KEDAI GUNTING DARI IPOH
Debut Barber & Shop, sebuah kedai gunting yang bermula di Ipoh mengorak selangkah ke depan dalam mevariasikan perniagaan mereka apabila melancarkan rangkaian penjagaan diri khusus buat lelaki. Dinamakan sebagai Debut Homme, rangkaian ini dibarisi tiga produk utama yang merangkumi pembersih badan, syampu dan deodoran.

Menurut Amirul O’oi Ashraf Mokhtar, pengasas dan Ketua Bahagian Strategik bagi kedua-dua jenama yang dibiayainya sendiri, Debut Homme dilancarkan untuk menyediakan sebuah rangkaian yang memberi satu lagi opsyen untuk pengalaman dalam membelai diri selain menyediakan satu produk berkualiti dan berkesan.

“Ini adalah antara perkara yang paling kami utamakan di Debut Barber & Shop. Justeru, berpegang kepada kepercayaan ini, kami telah menerapkan nilai-nilai tersebut ke dalam pembuatan semua produk Debut Homme kami,” tambahnya.

Amirul O’oi Ashraf Mokhtar, Pengasas Debut Homme
Tampil dalam bungkusan monokrom (hitam dan putih), produk dalam rangkaian ini mengutamakan penggunaan bahan semula jadi serta penghasilan yang diiringi dengan objektif melestarikan alam sekitar (sustainability).
“Produk-produk ini memakan masa dua tahun untuk dihasilkan. Dengan bantuan pakar di dalam pelbagai bidang termasuk ahli kimia, Debut Barber & Shop sebagai sebuah perniagaan barbershop dan gaya hidup, telah menggunakan penyelidikan dan pengalaman yang didorong oleh kajian saintifik dan pemasaran dalam proses pembuatan Debut Homme.”
“Kami turut memanfaatkan pengalaman kami sebagai warga tempatan dan orang Asia untuk membangunkan produk yang sesuai untuk rantau ini,” kongsi Amirul yang merancang mahu mempelbagaikan lagi produk di bawah Debut Homme seperti minyak/krim rambut dan janggut, produk penjagaan kulit dan haruman.
Debut Homme boleh dibeli secara dalam talian di www.debutofmalaysia.com

Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.











