Skip to content

DIET EKSTREM JOAQUIN PHOENIX DEMI WATAK JOKER

DIET EKSTREM JOAQUIN PHOENIX DEMI WATAK JOKER

Kongsikan artikel ini

Apabila bercakap tentang penjiwaan watak, Joaquin Phoenix merupakan antara contoh terbaik di Hollywood – terutama transformasinya untuk peranan Joker.

Dek komitmen yang sangat tinggi untuk menjayakan watak itu, dia sanggup mengikuti diet ekstrem sehinggakan seorang doktor diupah untuk memantau kesihatannya. Joaquin berjaya menurunkan kira-kira 23 kilogram untuk mendapatkan susuk kurus kering dan menyelami karakter seorang pesakit mental.

Baginya untuk membawa watak itu dengan berkesan, ia bukan hanya menerusi solekan dan pakaian semata-mata. Paling penting adalah untuk menjadi Arthur Fleck a.k.a Joker dari dalaman dan luaran. Dedikasi ini menunjukkan sejauh mana Joaquin sanggup pergi untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelakon.

DIET EKSTREM JOAQUIN PHOENIX DEMI WATAK JOKER

Foto: Warner Bros.

Transformasi Luar Biasa Joaquin Phoenix

Bercakap mengenai peranannya untuk sekuel Joker: Folie à Deux, dia mengakui bukan saja berdepan dengan cabaran fizikal tetapi juga isu kesihatan mental yang datang dengan transformasi drastik ini.

Aktor berusia 49 tahun itu mendedahkan pengalamannya melakukan persediaan untuk watak yang begitu mencabar ini. “Saya pernah melakukannya untuk filem sebelum ini. Saya dipantau oleh doktor secara dekat dan ia selamat,” katanya.

Transformasinya bukan hanya mengenai penurunan berat badan, ia turut melibatkan pengurangan kalori yang teratur untuk memastikan fizikalnya menepati watak Joker.

Menurut laporan The Guardian, dia hanya mengambil sayuran kukus dan jika berasa lapar sewaktu penggambaran, dia akan diberikan beri biru. Walaupun diet ekstremnya diawasi doktor, Joaquin mengakui ia membawa kepada tingkah laku obsesif.

Joker: Folie à Deux

Foto: Warner Bros.

“Saya tidak mahu bercakap secara terperinci, tetapi diet kali ini agak sukar untuk diikuti kerana saya terpaksa menggabungkannya dengan latihan tarian. Filem Joker pertama tidak ada babak menari,” ujarnya.

Dek mengamalkan diet ekstrem, Joaquin berkata dia mengalami kesukaran untuk melakukan tugas mudah contohnya seperti menaiki tangga. Siapa sangka dedikasi ini datang dengan cabaran berat yang memberi impak pada tubuh dan mindanya. “Saya sudah berusia 49 tahun, rasanya saya tidak patut melakukan perubahan fizikal seperti ini lagi,” tambahnya.

 

Foto: Screen Rant

Pautan berkaitan: DIET ASAS TUMBUHAN ANTARA RAHSIA AWET MUDA LENNY KRAVITZ

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 FILEM TERBAIK LAKONAN JOAQUIN PHOENIX MENURUT ROTTEN ROMATOES

5 FILEM TERBAIK LAKONAN JOAQUIN PHOENIX MENURUT ROTTEN ROMATOES

Bacaan Lanjut
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA OKTOBER 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA OKTOBER 2024

Bacaan Lanjut
15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

Bacaan Lanjut
PENYATUAN CINTA JOAQUIN PHOENIX & LADY GAGA DALAM TRELER JOKER: FOLIE À DEUX

PENYATUAN CINTA JOAQUIN PHOENIX & LADY GAGA DALAM TRELER JOKER: FOLIE À DEUX

Bacaan Lanjut
FOTO PERTAMA LADY GAGA DALAM JOKER: FOLIE À DEUX

FOTO PERTAMA LADY GAGA DALAM JOKER: FOLIE À DEUX

Bacaan Lanjut
PENAMPILAN PERTAMA JOAQUIN PHOENIX DALAM JOKER: FOLIE À DEUX DIDEDAHKAN

PENAMPILAN PERTAMA JOAQUIN PHOENIX DALAM JOKER: FOLIE À DEUX DIDEDAHKAN

Bacaan Lanjut