Skip to content

DIET KESIHATAN PELIK AMALAN ATLET SELEBRITI TERNAMA

DIET KESIHATAN PELIK AMALAN ATLET SELEBRITI TERNAMA

Kongsikan artikel ini

Apabila tubuh menjadi mata pencarian, seperti kebanyakan atlet sukan, sudah semestinya anda ingin mengubah suai elemen diet untuk mencapai prestasi terbaik.

Bagaimanapun bagi sesetengah orang, mengikuti pemakanan seimbang sahaja tidak mencukupi. Atlet selebriti ini membuat keputusan mencuba diet ekstrem dan pelik, yang kebiasaannya tidak disarankan oleh pakar kesihatan.

Lihat siapakah yang dimaksudkan dan apakah diet pelik yang diamalkan mereka

 

1. Aaron Rodgers detoks tubuh dengan minyak sapi pada waktu pagi, julap pada sebelah malam.

Foto: CNN

Quarterback NFL ini berkata dia mengurangkan pengambilan gula, alkohol dan hubungan seksual. Sebaliknya dia mengamalkan minyak sapi bersuhu suam dan julap sebagai sebahagian daripada proses detoks intensif selama 12 hari. Dikenali sebagai Panchakarma, amalan penyembuhan tradisional Ayurveda dari India ini bertujuan memulihkan badan dan minda.

Struktur asas Panchakarma melibatkan pengambilan minyak sapi suam pada waktu pagi untuk ‘melincirkan’ sistem dalaman tubuh. Ini diikuti dengan teh julap pada sebelah malam untuk detoksifikasi, menurut Institut Ayurveda. Pengamal juga digalakkan untuk hanya mengambil makanan tertentu seperti nasi dan kacang hijau serta mengelakkan makanan dan minuman sejuk. Dalam sesetengah kes, kaedah ini turut melibatkan rawatan paksa muntah, enema dan bekam.

Bagaimanapun tiada manfaat kesihatan yang diperolehi daripada amalan itu, menurut pakar pada 2009. Tubuh secara semula jadi melakukan detoksifikasi yang diperlukan melalui hati dan buah pinggang. Suplemen yang dikatakan membantu proses detoksifikasi biasanya tidak berkesan. Lebih teruk lagi ia boleh mendatangkan kemudaratan yang mencetuskan masalah dehidrasi atau penghadaman.

 

2. Venus Williams mengamalkan diet sayur mentah.

Foto: US Open

Ramai selebriti telah mencuba diet berasaskan sayuran yang tidak dimasak, termasuk Venus Williams. Bintang tenis ini menjadi pengamal diet vegan pada 2011 selepas didiagnosis dengan penyakit autoimun. Akuinya, diet sayuran mentah membantu mengurangkan gejala yang dialaminya. Bermula tahun 2019, dia menambah sayuran yang dimasak seperti kentang, lentil dan beberapa jenis sayuran lain untuk mendapatkan lebih tenaga dan nutrisi.

Venus Williams kekal menjadi pengamal diet vegan sehingga kini. Dia merupakan antara sebilangan besar atlet berprofil tinggi termasuk pemain bola sepak wanita, Alex Morgan dan pemain NBA, Chris Paul. Mereka mengakui diet berasaskan tumbuhan memberikan prestasi lebih baik.

Menjadi pengamal vegan boleh memberi manfaat kesihatan termasuk untuk para atlet, seperti memberi lebih banyak tenaga dan membantu proses pemulihan tubuh. Bagaimanapun mereka mungkin mengalami kesukaran untuk mendapatkan beberapa nutrisi penting. Sayur-sayuran biasanya rendah kalori terutamanya yang mentah, jadi ini boleh menjadi cabaran besar buat atlet.

 

3. Tom Brady tidak mengambil sayuran nightshade dan minum banyak air setiap hari untuk mengelak selaran matahari.

Foto: Bloomberg

Legenda NFL ini juga mencipta satu pelan diet unik yang dipanggil TB12 dan menulis buku mengenainya, The TB12 Method: How to Achieve a Lifetime of Sustained Peak Performance. Sebagai sebahagian daripada pelan 12 langkah untuk kekalkan tubuh dalam keadaan terbaik, Tom Brady mengelakkan nightshade – kumpulan sayur-sayuran termasuk terung dan tomato – kerana ia menyebabkan keradangan dan meningkatkan pH badannya.

Bagaimanapun kajian menunjukkan makan atau menjauhi makanan tertentu tidak boleh mengubah pH badan seperti yang didakwa. Selain itu, sayur-sayuran seperti terung dan tomato kaya dengan serat (terung) serta vitamin A dan C (tomato). Vitamin A dan C diketahui membantu mengurangkan keradangan, bertentangan dengan apa yang disarankan oleh diet TB12.

Tom Brady juga pernah mendedahkan kepada Sports Illustrated bahawa dia minum beberapa liter air setiap hari untuk melindungi kulit daripada ‘dibakar’ sang mentari. Bagaimanapun tiada bukti saintifik yang menunjukkan pengambilan air yang banyak boleh menghalang selaran matahari.

 

4. Arnold Schwarzenegger mencampurkan minuman keras ke dalam suplemen protein.

atlet selebriti

Foto: AFP

Pemenang Mr. Olympia sebanyak tujuh kali ini kerap mengambil makanan berasaskan tumbuhan dan lantang bercakap mengenai manfaatnya terhadap kesihatan tubuh. Jelasnya, ia mampu menurunkan paras kolesterol dan membuatkan tubuh terasa lebih muda. Bagaimanapun Arnold Schwarzenegger berkata sekali-sekala dia akan makan stik atau schnitzel Wiener Austria. Lebih mengejutkan, dia mengakui mencampurkan alkohol ke dalam minuman proteinnya.

Bekas atlet bina badan ini berkata pada awalnya dia melakukan sedemikian dengan harapan ia dapat membantu tubuh menyerap protein dengan lebih cepat. Namun kini dia meneruskan diet pelik itu kerana rasanya yang enak. Walaupun alkohol tidak semestinya akan menjejaskan kecergasan, terlalu banyak minum boleh menyebabkan tubuh lebih sukar menyerap protein untuk memulih dan membina otot. Dan sudah tentu, ketagihan alkohol boleh menyukarkan seseorang untuk bersenam, makan hidangan bernutrisi dan mengikuti tabiat sihat lain dari semasa ke semasa.

 

Foto: Variety

Pautan berkaitan: DIET PELIK TIGA IKON LEGENDA HOLLYWOOD

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

APA LELAKI PERLU TAHU TENTANG KANSER PAYUDARA

JANGAN ABAIKAN! FAKTA PENTING TENTANG KANSER PAYUDARA YANG LELAKI PERLU TAHU

Bacaan Lanjut
Pengakuan Seks

PENGAKUAN SEKS DARIPADA PEMBACA GLAM LELAKI: KISAH SEBENAR, RAHSIA TERBONGKAR

Bacaan Lanjut
TIP MUDAH UNTUK DAPATKAN TIDUR LENA HINGGA KE PAGI

TIP MUDAH UNTUK DAPATKAN TIDUR LENA HINGGA KE PAGI

Bacaan Lanjut
5 FOTO SUKAN YANG MERAIH TANDA SUKA PALING BANYAK DI INSTAGRAM

5 FOTO SUKAN YANG MERAIH TANDA SUKA PALING BANYAK DI INSTAGRAM

Bacaan Lanjut
5 PASANGAN SELEBRITI BERCERAI SELEPAS DUA DEKAD MENGECAPI BAHAGIA

5 PASANGAN SELEBRITI BERCERAI SELEPAS DUA DEKAD MENGECAPI BAHAGIA

Bacaan Lanjut
9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut