Skip to content

ELAK BIBIR KERING DAN MENGELUPAS, INI TEKNIKNYA!

ELAK BIBIR KERING DAN MENGELUPAS, INI TEKNIKNYA!

Kongsikan artikel ini
3 of 3

10 Petua Yang Boleh Dilakukan Untuk Elak Bibir Kering

  1. Minum air putih/masak/mineral 8 hingga 10 gelas sehari
  2. Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan serat dan zat yang amat diperlukan kulit.
  3. Gunakan lip balm yang mengandungi ejen pelembap diformulasi dengan minyak jojoba dan mentega shea kerana kandungan vitamin E yang tinggi dalam bahan-bahan tersebut membantu mengekalkan kelembapan pada kulit bibir.ELAK BIBIR KERING DAN MENGELUPAS, INI TEKNIKNYA!
  4. Kurangkan merokok dan elakkan minuman keras. Ini kerana kedua bahan tersebut bukan sahaja menyumbang kepada kerekahan kulit bibir malah turut menjadikan bibir anda kelihatan lebih gelap.
  5. Berus secara lembut kulit bibir selepas aktiviti memberus gigi bagi menyingkirkan kulit mati pada bibir.
  6. Nilai SPF yang baik pada bibir adalah 15-30 dan nilai ini kebiasaannya mampu mengekalkan kelembapan sehingga 150 minit pada bibir.
  7. Kandungan pada kebanyakan pelindung bibir biasanya berlatar pada bahan organik atau agen yang berasaskan bahan asli terkandung vitamin dan zat khusus seperti vitamin E yang menjadi elemen utama dalam memberi kelembapan semulajadi pada kulit.
  8. Bahan mineral seperti parfin dan microcrystalline mampu mengelakkan kerekahan dan menghindari daripada kulit bibir menjadi lebam atau gelap.
  9. Buat yang kerap melakukan aktiviti luar dan terdedah dengan UV, pilih pelindung bibir yang bertindak sebagai sunblock. Kandungan titanium dioksida dan zink mampu memberi tindak balas baik melawan kerengsaan pada bibir akibat terlalu terdedah dengan pancaran matahari.
  10. Elak memilih pelindung bibir berperisa kerana ia mengandungi bahan kimia yang menghilangkan kelembapan bagi jangka masa yang lama. Gunakanlah pelembap dengan bahan semulajadi tanpa bahan pewarna atau perasa tambahan.

Foto: Sumber Google

Baca artikel berkaitan: SENAMAN YOGA MUKA UNTUK RAHANG IDAMAN

3 of 3

By Ameerul Hamzah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MAHU KULIT BERSIH TANPA CELA? INI KELEBIHAN EXFOLIATION RAMAI TIDAK TAHU

Bacaan Lanjut
pencuci muka lelaki

5 PENCUCI MUKA LELAKI TERBAIK UNTUK KULIT KOMBINASI

Bacaan Lanjut
penjagaan kulit lelaki

5 TIP PENJAGAAN KULIT PENTING LELAKI MESTI IKUTI

Bacaan Lanjut

WAJIB PAKAI SUNBLOCK! 3 PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

RUTIN PENJAGAAN MALAM UNTUK KULIT SIHAT BERSERI

Bacaan Lanjut

JANGAN TINGGAL RUTIN SPF!

Bacaan Lanjut