Skip to content

GAYA RAMBUT LELAKI TERKINI 2025: TREND HANGAT YANG WAJIB CUBA

Kongsikan artikel ini

GAYA RAMBUT LELAKI TERKINI 2025: KEMAS, BERTEKSTUR & BERANI

Rambut bukan sekadar pelengkap gaya malah ia adalah identiti. Tahun 2025 menyaksikan perubahan besar dalam trend rambut lelaki yang menggabungkan unsur kemas dengan tekstur semula jadi dan eksperimen berani. Bagi lelaki yang mahu tampil moden, ini dia beberapa gaya yang wajib dicuba.

#1 TEKSTURED CROP:  LEMBUT & PRAKTIKAL

Potongan pendek di sisi, atas sedikit panjang dan disikat secara kasual dengan tekstur. “Textured Crop” bukan sahaja mudah untuk dijaga, tetapi juga fleksibel. Gaya potongan ini sesuai untuk pejabat ataupun santai di hujung minggu. Produk salon bergaya seperti matte pomade atau wax ringan bantu cipta efek lembut dan natural.

gaya rambut lelaki terkini

#2 MODERN MULLET: POTONGAN RETRO YANG DIPERBAHARUI

Mullet kembali, tetapi dengan pendekatan lebih moden. Gaya potongan sisi dipendekkan, di bahagian belakang dibiarkan lebih panjang, dan fade atau undercut menyuntik elemen kontemporari. Sesuai untuk mereka yang suka gaya berani dan mahu tampak berbeza.

#3 SKIN FADE + BUZZ CUT: MINIMALIS & GAGAH

Untuk lelaki yang mahukan gaya ringkas tetapi mempunyai karakter, buzz cut dengan skin fade adalah pilihan tepat. Potongan pendek rata di atas, tepi ataupon sisi yang sangat fade atau  bahagian tepi bersih. Gaya potongan ini tak perlu styling tinggi, cuma perlu penjagaan yang khusus seperti trimming setiap minggu.

#4 LONG WAVES & NATURAL TEXTURE: TENANG & GAYA SANTAI

Bagi lelaki berambut panjang atau mudah berombak, gaya ini sangat relevan. Lapisan (layers) nipis, rambut yang longgar dengan alunan semula jadi mendapat tempat dalam trend lelaki yang mahu kelihatan effortless dan elegan.

#5 UNDERCUT & DESIGNS: DETAIL YANG MENARIK PERHATIAN

Potongan undercut dengan sisi yang sangat pendek dan bahagian atas panjang menjadikan ia teras kepada gaya ini. Tambahkan garis (line designs), fade kreatif atau warna kontras kecil untuk efek “stand out”. Untuk lelaki muda yang suka menjadi tumpuan, gaya ini cukup menyerlah untuk dicuba.

Gaya rambut lelaki tahun ini ialah tentang kesederhanaan dan karakter. Penggayaan yang tidak terlalu dibuat-buat tetapi penuh keunikan. Cuba salah satu gaya di atas, atau mix & match mengikut personaliti anda. “Rambut anda, kisah anda”.

Artikel Berkaitan: 9 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2025

 

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

2026 GROOMING UPGRADE: ERA KULIT SIHAT & TERSUSUN BUAT LELAKI

2026 GROOMING UPGRADE: ERA KULIT SIHAT & TERSUSUN BUAT LELAKI

Bacaan Lanjut
MAXIMALISM 2026: ERA LELAKI BERANI MENYERLAH

MAXIMALISM 2026: ERA LELAKI BERANI MENYERLAH

Bacaan Lanjut
GL25: SOROTAN PENUH GAYA BERSAMA GLAM LELAKI 2025

GL25: SOROTAN PENUH GAYA BERSAMA GLAM LELAKI 2025

Bacaan Lanjut
LEBIH DARIPADA PELAKON: ARENA WAN & KEBERANIAN MEMILIH DIRI SENDIRI

LEBIH DARIPADA PELAKON: ARENA WAN & KEBERANIAN MEMILIH DIRI SENDIRI

Bacaan Lanjut

5 RUTIN CARLOS SAINZ SEMPURNA BUAT LELAKI GENERASI KINI

Bacaan Lanjut

TOTAL GROOMING CHECK: SET PENJAGAAN RAMBUT & BADAN PILIHAN EDITORIAL

Bacaan Lanjut