Skip to content

SIGNATURE, WANGIAN EKSKLUSIF DARI SHAWN MENDES

Kongsikan artikel ini

Jika ditanya siapakah pemuzik dan penyanyi remaja paling digilai masa kini, pastinya rata-rata ramai akan menyebut nama Shawn Mendes. Penyanyi tampan berbakat besar ini bukan saja punya aura penghibur yang memukau dengan keupayaan bermain instumen muzik, malah kini dia dikhabarkan baru saja melancarkan wangian terbarunya yang diberi nama Signature.

Wangian uniseks khas untuk kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan khabarya diciptakan khas sebagai aroma kegilaan untuk generasi masa kini. Menurut penyanyi yang berasal dari Kanada  dalam laman sosialnya berkata, wangian terbarunya ini cukup dekat dengan hatinya kerana ia direka untuk dipakai mereka yang berkeyakinan, keghairahan serta yang punya keazaman yang tinggi. Malah, ia turut mendapat inspirasi dari minat mendalam Shawn terhadap bidang seni.

Mengabungkan esen youthful floriental-woody, serta buahan dan buangan segar, wangian terbaru ini ternyata menyegarkan, ‘electrifying’ serta sensual. Yang menariknya, botol wangian ini dikira vintaj, diilhamkan dari gitar tembaga yang terukir dengan tandatangan Shawn sendiri, malah kotaknya pula direka dari inspirasi tatu pertama Shawn, iaitu gambaran abstrak gitar akustik gabungan tumbuhan, awangan bandaraya Toronto serta gelombang bunyi.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 7 Ogos 2017

 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAYU SOMERSET merdeka 118

DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118

Bacaan Lanjut

KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN

Bacaan Lanjut

SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Bacaan Lanjut